Pages

6/22/13

Dunia yang sama, Situasi berbeza

Hampir 7-8 orang ibu-ibu yang bakal dijadualkan untuk melahirkan bayi mereka hari ini. Setakat maklumat yang diberitahu padaku, kesemuanya bakal melahirkan melalui kaedah Caesarian Birth ( C-section ).

Kaedah C-section ini tidak akan dijalankan melainkan ada sebab-sebab yang menghalang  untuk para ibu melahir secara normal vaginal delivery. Commonly any causes of obstructed labour ( detailnya boleh la kot tanya mana-mana medical students atau consult para doktor anda atau mungkin lain kali saya cerita. :) )

Sebelum tu, dah tengok normal vaginal delivery kat tingkat dua Hospital dengan kawan karib Mesir aku, Mahmoud Nadi namanya. Bergetar hati tengok orang bersalin ni. ( Moga Allah berkati dan limpahkan kesihatan dan kekuatan buat ibuku, ibu mertuaku dan isteri ku ).

Ok.Kembali ke Operation Room.
[ Situasi pertama ]

Aku terlepas satu pembedahan melibatkan seorang ibu melahirkan bayi pramatang. Saiz tubuh badan yang kecil serta berat badan yang aku pasti kurang dari normal ( Low Birth Weight ) adalah antara tanda-tanda mudah untuk dikenal pasti. Bukan itu sahaja, bayi tersebut terpaksa dibantu pernafasannya. Biasanya bayi pra-matang, perkara yang kita risau adalah perkembangan peparunya yang turut kurang matang, jadi di sebelahnya seorang HO sedang tekun membantu bayi tesebut bernafas menggunakan ambu bag, bergilir-gilir dengan seorang lagi HO di situ.Aku lihat masing-masing kepenatan....

Premature baby ( < 37 weeks ) - Bukan gambar sebenar

Aku merapati doktor tersebut ... " Ya duktur ! Mumkin ana bisaidak ? (  Doktor, perlukan bantuan ke ? ) " tanyaku dengan lahjah ammi Mesir , niat ingin membantu. " Aiwah... ( Ya ) " balas Doktor tu. Maka aku pun membantu mengambil alih tempat Doktor tersebut, mereka kelihatan lega dapat berehat sebentar. Kata Doktor " Sekarang NICU dah penuh, tiada mechanical ventilation yang available untuk bayi ni, itu sebab terpaksa bantu juga dengan ambu bag sahaja ". Sedih aku dibuatnya... Moga Allah permudahkan hayatmu wahai adik, selagi mampu kami tak akan biarkan kau, kami akan tetap berusaha! Selebihnya terserah kepada kuasa Allah yang maha Esa.

[ Situasi kedua ]

Di samping tanganku mengepam udara kepada bayi tadi, aku menjeling ke incubator sebelah kiriku.... ku lihat seorang lagi bayi yang agak kecil badannya kelihatan sedang tidur sambil mata kadang-kadang terbuka kemudian ditutup semula. Comel... Tiada sebarang masalah yang dapat aku kesan pada bayi itu secara general observation melainkan mataku mengesan saiz kepalanya yang  besar jika dibandingkan dengan saiz badannya. " Macrocephaly most probably hydrocephalus " detik hatiku. Macrocephaly ialah saiz lilit kepala yang lebih besar dari normalnya , manakala hydrocephalus common cause of macrocephalus di samping ada sebab-sebab yang lain.

Kalau lihat pada warna kulit , kadar pernafasan turut naiknya dadanya menunjukkan vital signs dalam keadaan normal, maka mungkin doktor biarkan dahulu bayi tersebut sebentar di dalam incubator menantikan tindakan selanjutnya buat bayi itu.Fikiranku berputar berkaitan hydrocephalus dan apgar score ( kiraan untuk mengetahui keadaan setiap bayi yang baru lahir yang menentukan prognosis dan management yang bakal dilakukan ). Mana satu ibunya aku tidak pasti, sekarang ada dua operations sedang berjalan pada waktu yang sama ketika itu.
Moga Allah kuatkan semangat buatmu dan ibumu wahai bayi....perjalanan hidupmu mungkin sukar dan banyak cabaran yang bakal engkau tempuhi. Moga diberi ganjaran buatmu oleh Allah terhadap ujian yang diberikan ini.
Khusyuk baby tu tidur tanpa menghiraukan aku dan yang lain-lain...he :)

[ Situasi ketiga ]

Sekarang giliran untuk lihat operation pula.... tempatku diganti semula oleh doktor tadi. Aku bingkas bangun ke bilik bersebelahan. Di situ ku lihat seorang ibu sedang dalam persediaan untuk dibius oleh anesthetist. Aku merapatkan diri mengendeng ke doktor tersebut ingin melihat apa yang sedang beliau lakukan.
" assalamualaikum, kaifa halak ? enta malizi ? " ( salam, kamu apa khabar? orang malaysia ke ? ) tegur doktor tu sebelum sempat aku menegurnya dahulu. " waalaikumussalam, alhamdulillah kuwayyis, na'am ana malizi " ( waalaikumussalam, alhamdulillah ok, ye saya orang Malaysia )....

" Aku selalu nampak kau, baguslah kau rajin datang untuk belajar " kata doktor bius tu. Rupa-rupanya aku sudah lama diperhatikan oleh doktor tu selama ni, selalu juga aku nampak beliau tiap kali ada pembedahan tapi segan nak bertegur sapa takut menggangu pula. " Alhamdulilllah , doktor-doktor kat sini semuanya tak sombong ".... detik hatiku.

Ibu tadi sudah siap dibius satu badan ( general anesthesia ) dan dibiarkan tidur. Doktor bedah sudah siap di sisi katil dengan dibantu seorang nurse untuk memulakan pembedahan. Sambil pembedahan berlangsung, doktor bedah sudi menerangkan kepadaku satu persatu apa yang sedang beliau lakukan. Start dari skin incision sehingga uterus ( rahim ) sudah dapat dilihat, doktor terangkan satu persatu. Aku gembira...

Sekarang doktor mula membedah bahagian uterus, amniotic fluid memancut keluar ! ( air ketuban orang melayu panggil kalau tak silap ) - nasib dapat mengelak dari terkena bajuku. Nurse dengan segera membuat suction pada fluid tersebut. Bayi dikeluarkan dari rahim secepat mungkin oleh doktor, diusapnya hidung dan mulut bayi untuk membantu bayi bernafas.Sambil tu ku lihat nurse dengan segera memotong umbilical cord ( tali pusat ) bayi tersebut. Diterbalikkan kedudukan bayi tu kepala menghala ke bawah bagi membantu mengeluarkan cecair yang ada untuk membantu pernafasan tetapi tetap tiada kesan. Bayi tu tetap diam membisu tiada suara kedengaran.

Seorang doktor lain yang turut ada bersama dengan segera mengambil bayi tersebut dan di bawa ke bilik sebelah. Aku dengan segera  mengekori doktor tu ke bilik sebelah. " Mungkin dapat bantu apa-apa jika diizinkan " detik hatiku.
Doktor membuat segala manouver ( kaedah ) yang pernah diajar secara teori di dalam kelas untuk membantu bayi yang tidak bernafas sebaik sahaja dilahirkan.Suction sudah dibuat, digosok-gosok belakang bayi juga sudah dibuat tapi tetap tidak berkesan. Bersungguh-sungguh doktor tu untuk supaya bayi itu mengeluarkan suara keramat dari mulutnya tetapi tetap gagal,di ambilnya ambu bag bersebelahan untuk resuscitate bayi tersebut. Ditekan-tekannya pam tersebut. Aku hanya mampu melihat disebelahnya tiada yang boleh aku bantu setakat ini. Aku berdoa " Ya Allah bantulah kami, Ya Allah ! ".

Akhirnya, setelah hampir 1 minit suara keramat mula terpacul kedengaran keluar dari mulut kecil bayi tersebut. Sebaik sahaja mendengar suaranya, serentak kami berdua mengucapkan " Alhamdulillah ! ". Hatiku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Hatiku takut sekiranya bayi tersebut tidak dapat diselamatkan, tapi benarlah yang kita hanya mampu berusaha, Allah penentu segalanya. Allah berikan izinnya buat bayi tersebut untuk hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Moga Allah lindungi dan jadikannya hamba Nya yang solehah. ( Mataku melirik untuk mengenal pasti jantinanya. Bayi perempuan.. :).... Badan bayi mula bertukar kemerah-merahan, pergerakannya mula aktif, pernafasannya masih dibantu dengan nasal prong. Alhamdulillah. aku kembali ke bilik operation di mana ibunya berada. Laporan diberikan kepada doktor bedah mengatakan yang bayi dalam keadaan stabil. Sudah hampir siap pembedahan tersebut dengan doktor sedang sibuk membuat jahitan pada lapisan-lapisan terakhir sebelum kulit. Bersyukur pembedahan pun tamat dengan ibu dan bayi berjaya diselamatkan dengan izin Allah.

Aku kembali mengendeng ke doktor bius untuk melihat post-operative management yang dilakukan oleh beliau. Tekun doktor tu buat kerja. Tanpa menyoal apa-apa soalan, aku sekadar melihat sahaja takut menganggu. :)

Jam pun sudah melebihi jam 4 petang. Perutku sudah lapar, terbayang masakan isteri di rumah. Aku meminta izin untuk pulang ke rumah dari para doktor. Sempat berbual dengan doktor bius sedikit tips dan perkongsian dari beliau. Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari hari ini walaupun sebenarnya ada lagi beberapa case @ situasi yang ada yang mungkin akan aku ceritakan lain kali, InsyaAllah. Moga Allah kuatkan kita dan permudahkan kita untuk menuntut ilmunya, InsyaAllah.

Menanti hari esok, untuk ilmu yang baru. InsyaAllah.

p/s : Kita ni tiada-tiada apa kuasa dan kekuatan melainkan jika diizinkan oleh Allah s.w.t. Kita lahir dalam keadaan yang berbeza tapi dari sumber yang sama ( air mani + ovum ), jadi mengapa masih ada yang mendabik dada mengatakan dirinya lebih mulia dari yang lainnya?
Mengapa ada yang sanggup membunuh orang lain tanpa sebab-sebab yang diizinkn oleh syara' ?
Sedarlah, yang membezakan kita dengan orang lain hanyalah dengan IMAN dan TAKWA kita kepada Allah.

Human development ( disebut di dalam Al-quran 1400 tahun yang lalu dengan detail )

Allah ada menyebut di dalam Al-Quran :
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati ( berasal ) dari tanah " (12)

" Kemudian kami jadikan saripati itu air mani ( yg disimpan ) dalam tempat yang kukuh ( rahim ) " (13)

" Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging, Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang ( berbentuk ) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik " (14)

 " Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati " (15)

" Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan ( dari kuburmu )di hari kamat " ( 16 )

[ Surah Al-mukminun , ayat 12-16 ]











No comments:

Post a Comment