Pages

9/27/09

Markaz bahasa @ tarbiyah (final)

Salam….sket lagi nak abes..teruskan membaca

Berkisar tentang ramadhan ( dah raya pon kita ), ada ustaz ali bercerita pada aku,
Tanya dia pada aku “sekiranya satu hari ada kawan karib kamu, kawan karib kamu ini adalah kawan yang paling engkau sayang ,dia nak datang ziarah ke rumah,apa yang akan kamu lakukan?.”
Aku pun jawab “saya akan mengemas rumah sekemas yang boleh,membeli bahan-bahan untuk dimasak,menyediakan bilik tidur serta mengemasnya jika kawan saya mahu menetap di rumah”.
“jadi maknanya kamu akan bersedia sebelum kedatangan dia dan akan melayan sebaik mungkin kawan kamu itu kan?”soal ustaz ali.
“ya”jawab aku.
“oleh yang demikian,samalah juga dengan ramadhan….anggaplah ramadhan itu kawan karib kamu dan anggaplah diri dan hati kamu itu seperti rumah kamu.Sebelum kedatangan ramadhan,bersihkanlah diri dan hati kamu dari perkara yang tidak baik.bila datangnya ramadhan layanlah dengan baik dengan beramal” nasihat ustaz ali pada aku.

p/s janganlah dengan tamatnya ramadhan maka tamatlah amalan2 yg kita lakukan..teruskanlah apa yang telah Berjaya kita lakukan semasa di bulan Ramadhan..klu masa ramadhan selalu baca Al-Quran….teruskan….
Kalau masa ramdhan kita selalu sedekah….teruskan…


Begitulah sehari-hari aku di markaz bahasa,Alhamdulillah bukan sahaja dapat belajar bahasa,tetapi terlalu banyak nasihat dan input yang aku dapat melalui ustaz ali.mungkin beginilah agaknya ulama-ulama muktabar dahulu belajar,berdepan dengan syeikh masing-masing….di samping belajar ilmu terdapat juga tarbiyahnya.
Oleh yang demikian,kita berdoa pada Allah moga memberikan kita keupayaan untuk membentuk diri dan orang sekeliling kita agar kembali mengingati Allah selalu.
Untuk sesiapa yang bercita-cita mahu menjadi guru atau sudah menjadi guru,jangan lupa di samping ilmu yang diajar,adab-adab serta pentarbiyahan juga penting.
kalau sebagai seorg doctor pon boleh,sambil2 merawat pesakit nasihatilah pesakit supaya sentiasa ingat pada Allah,amalan cubalah ditingkatkan dan banyak lagi….ini juga boleh dikatakan sebagai tarbiyah.

Tidak kira siapa kita,ustaz,lawyer,majistret,tukang cuci….asalkan kita muslim, Allah ada berfirman maksudnya,....berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.ayat ini tidak khusus kepada para ustaz sahaja malahan semua umat islam tetapi mestilah berlandaskan kebenaran ( ilmu yang sahih ).Moga kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah.
Dan ustaz ali ada juga berpesan ,melalui hadis yang maknanya,ilmu itu melalui belajar dan mengajar,serta dalam hadis yang lain maknanya sampaikanlah walau satu ayat.

Pesanannya membuka untuk aku cuba berkongsi apa yang aku tahu dengan orang lain.insyaallah.Aku berdoa pada Allah moga Allah permudahkan segala urusan,amin ya rabbal a’alamiin.
ALLAHU A’ALAM.

9/18/09

Di Hari Lebaran.

Salam..
di kesempatan ini..sekadar nak ucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
pada ahli keluarga di kampung,
pada rakan2,
dan kepada semua yang mengenali,
maafkanlah segala salah dan silap selama ini.

sekali lagi,
Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin.

Markaz bahasa @ tarbiyah (part 2)

Salam….
Sambung kisah perang Sinai….
Ada satu peristiwa masa perang Sinai….ada satu kawasan kubu Israel ditanam dengan bom.laluan mana yang ada bom,tidak diketahui.mahu atau tidak terpaksa melalui kawasan ini kalau nak tawan kubu Israel.kalau terpijak bom….alamatnya mati!

Lagi satu bukan satu dua sahaja bom,tetapi beratus-ratus dan disusun secara berlapis/berselang.hampir 6 lapis kata ustaz ali pada aku.
Maknanya walaupun mungkin tentera mesir Berjaya letupkan bom lapisan pertama….dalam jarak contohnya 2 meter lagi lepas tu….ada bom lapisan kedua pula,ketiga dan seterusnya.
Jadi di sinilah antara bukti keberanian dan ketelusan tentera mesir berperang ‘mencari’ syahid si sisi Allah dalam menegakkan agama yang disayangi….ISLAM.

Apa yang tentera mesir lakukan ialah beratur dalam barisan.kemudian orang paling hadapan akan berlari sekuat-kuatnya meredah kawasan yang dilapisi bom-bom tersebut….sekiranya terpijak bom dan meletup@mati,orang kedua selepas tu pula akan berlari meredah lapisan bom yang kedua pula….sekiranya terpijak dan meletup@mati,orang ketiga akan buat perkara yang sama dan seterusnya sehinggalah kawasan bom tersebut dapat ditembusi oleh tentera mesir .

Lihatlah betapa beraninya pejuang-pejuang islam !bayangkan kalau kitalah diarah untuk berjalan diatas jalan yang dipenuhi bom….yang memang confirm kalau kita berjalan atasnya pasti akan mati!tapi tentera mesir masa tu sanggup buat semua itu demi ISLAM.aku pun tidak tahu adakah aku boleh lakukan seperti mereka….mungkin tidak.
Walaupun dengan serba kekurangan,berbekalkan keyakinan kepada janji Allah….dengan kalimah dan laungan ALLAHU AKBAR….tentera mesir memenangi peperangan ini dengan izin Allah.
Sekarang ada kawasan di mesir yang dinamakan ‘sittah oktober’iaitu enam oktober bertepatan dengan tarikh peperangan itu.6 oktober itu juga bersamaan dengan 10 ramadhan- bulan puasa semasa perang tersebut meletus.bayangkan….
Moga dapatlah kita ambil iktibar dari kisah peperangan Sinai ini.

Eh!tapi cerita pasal aku di markaz bahasa@tarbiyah tak habis lagi….teruskan membaca...

Ada satu perkara yang aku kagum pada ustaz ali ali as-shanawi,pentarbiyahan dia.setiap kali permulaan kelas dia akan beri tazkirah pada aku (kadang2 sampai 45 minit tazkirah dia).tapi setiap apa yang dia katakan amat telus dan bermakna.dia berkongsi hadis rasulullah s.a.w, dia membacakan pada aku ayat-ayat al-quran serta menerangkannya. kami sama2 berkongsi apa yang kami tahu sampaikan ada juga dia sentuh bab pembinaan keluarga dari perspektif islam!

Kalau nak tahu Ustaz ali ali as-shanawi ni suka masakan Malaysia.aku ada berikan dia senarai masakan yang aku tahu masak antaranya asam pedas dan kari.puas juga ustaz ali nak menyebutnya.

Ada sekali kami ada berkongsi koleksi hadis dalam kitab ad-dawawin saidina ali r.a,berkenaan hadis berkaitan kesihatan.sebab dia tahu aku pelajar perubatan.dan sesungguhnya apa yang aku dapati…memang benar kata-kata rasulullah s.a.w maknanya, kita tidak akan sesat jika berpegang pada dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah.kesemua hadis rasullullah s.a.w yang aku dan ustaz ali bincangkan semuanya bertepatan dengan fakta2 perubatan yang aku pelajari.ALLAHHU A’LAM.

Bertepatan dengan kedatangan bulan ramadhan pula,dia menceritakan akan kelebihan-kelebihan dan perkara yang mesti dikejar dalam bulan ramadhan.antaranya pembacaan al-quran.Suasana di Malaysia amat berbeza dalam bab ini.di Malaysia,kita hanya membaca al-quran bila ada orang meninggal,bila ada tadarus quran di masjid (itupun tak ramai yang sertai),nenek2 atau atok2 ada la….mana pergi semua anak muda?
Tetapi di sini,mesir,pembacaan al-quran amat meluas,sehinggakan semasa berdiri dalam bas pun mereka boleh lagi membaca al-quran,polis sambil rehat2 selepas rondaan sempat lagi baca al-quran,isteri menunggu suami membeli ubat di farmasi pun sempat lagi baca al-quran dalam kereta.
Perkara seperti ini mestilah kita contohi.insyaallah.
Lagi-lagi dalam ramadhan-( yang hampir meninggalkan kita ),setiap perkara kebaikan yang kita lakukan Allah akan gandakan.
ALLAHU A’LAM.

part 3 ada lagi..tunggu ye..tak habis lagi

9/12/09

Markaz bahasa @ tarbiyah (part 1)

Salam….
Bila cuti sahaja banyak perkara yang berlegar dalam kepala….nak buat inilah,nak buat itulah….
Last2 sedikit sahaja yang Berjaya. alhamdulillah…betullah ‘kita merancang Allah yang tentukan’.
Aku pun mendaftarkan diri ke kelas/markaz bahasa arab di sini.targetnya mahu dalami ilmu nahu.kawan baik aku-syahir,dia seorang yang pakar dalam bidang nahu cadangkan aku belajar kitab nahu al-jurumiah sebagai permulaan.
Alhamdulillah….dah seminggu kelas bahasa aku tamat.aku pilih untuk masuk kelas persendirian@dirasah khassah-maknanya aku sorang2 sahaja dalam satu kelas,sebabnya cuti aku tak lama,lagi satu supaya tumpuan sepenuhnya ustaz pada aku dalam kelas.kalau ustaz tu nak rotan aku pun senang.

Banyak yang aku perolehi daripada ustaz aku yang mesra alam ni,USTAZ ALI ALI AS-SHANAWI namanya.
Asal mansurah,mesir.sudah berkahwin,tidak suka duduk di kaherah-sebab kaherah serabut katanya.N.B:kaherah ni macam Bandar KL,banyak sangat kereta.

Bukan sekadar bahasa malahan sejarah pun ada dia ajarkan.contohnya sejarah mesir-dari kisah firaun sampailah kesan sejarah islam dia ceritakan.macammana dulu mesir yang pada satu ketika tiada pemerintah,serangan orang mongol,kisah perang salib,kisah peperangan dengan Israel di Sinai.


Hah!pasal kisah peperangan di Sinai.saje nak berkongsi.kisah ini antara tentera mesir menentang Israel.Masa ni mesir perdana menteri dia Jamal Abdul Nassir(meninggal)...diganti anwar sadat,masa ni tentera mesir tersangat dhaif dari segi alatan senjata.senjata yang mesir pakai masa tu kata ustaz ali,peluru boleh keluar dari belakang senapang!maknanya kalau tersilap boleh tertembak diri askar tu sendiri…

Israel seperti biasa ada supplier dia.senjata canggih.ada satu dokumentari ceritakan masa tu Israel ada kereta kebal paling digeruni-makevele namanya.negara2 arab pula masa tu diminta untuk supply minyak oleh amerika.ada sebahagian yang supplykan ada yang tidak….tetapi walaupun ada negara arab yang supply minyak,mereka supply hanya sebahagian sahaja,sebab….kebanyakan pemimpin arab masa tu baik dengan jamal abdul nassir-PM Mesir,jadi diorang supply juga minyak untuk elak konflik dengan amerika dan supply sebahagian sahaja dari jumlah minyak yang diminta oleh amerika,supaya sedikit sebanyak membantu mesir-maknanya amerika tetap kekurangan dari segi minyak. komen:ada la juga kesedaran antara mereka-orang arab.

Oleh kerana orang mesir serba kekurangan,mereka menggunakan strategi psychology.macam mana?
Macam ni….mereka melakukan senaman perang berdekatan dengan kubu Israel,orang Israel pula ingatkan tentera mesir nak menyerang!jadi tentera Israel ni pun bersiap sedialah nak berperang.masa ni tahap tumpuan tentera Israel berkobar2.tapi apa tentera mesir buat….diorang berundur.esoknya,tentera mesir buat perkara yang sama,senaman perang berdekatan kubu Israel..israel seperti biasa….bersedia untuk berperang.tentera mesir berundur…kali ke-3,ke-4,ke-5..tentera mesir buat perkara yang sama,sehinggalah tentera Israel tak berapa endahkan lagi….
Jadi kali ke-6(kalau tak silap),mesir ulang lagi….mereka tengok Israel tidak berapa bersedia….mereka mulakan serangan!Mula2 mesir menghantar pasukan tentera udara bomkan kawasan kubu….pasukan ini kalau nak tahu, diketuai oleh Husni Mubarak!Perdana Menteri Mesir sekarang..

Dengan laungan ALLAHUAKBAR!!mereka ‘mencari’ syahid di sisi ALLAH.
Ada satu kisah lagi dalam peperangan ni kalau kita dengar….meremang bulu….
Sambung part 2 kot..panjang sangat nanti….ALLAHU A’LAM.

6/9/09

ANTARA KEHENDAK DAN SYARIAT

Bukan apa sebenarnya,

hati aku skrg makin hari makin risau,

nak tahu kenapa?

x taulah camner nak terangkan…so complicated

sejak aku mula berjinak2 dengan bacaan berkenaan dgn ..

AGAMA!

aku jadi risau,risau mengenangkan erti sebenarnya agama itu sendiri

terutamanya agama islam …

adakah sekadar agama yg berlandaskn keturunan sahaja?

atau berdasarkn keyakinan terhadap kesahihan agama islam itu,

rasanya masih ramai umat islam terutamanya di M.sia x sedar akan perkara ini

suasana di mesir banyak membuka minda aku berkenaan dgn agama islam dan juga berkaitan dgn pegangan lain yg wujud..

aku pernah terbaca kitab ‘A BRIEF ILLUSTRATED GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM’..Kitab ini (bagi aku) sbg titik tolak untuk aku mula berfikir "bagaimana org lain masih tidak nampak akan kesahihan serta kejaiban agama islam itu sendiri sebagai ad-din bukan sekadar agama malahan merangkumi setiap aspek kehidupan, x kiralah politik , sosial , kesihatan dan byk lagi".
Bukti2 akan kebenaran deen allah ini sudah byk dipaparkn oleh pelbagai pihak ….

Persoalan "mengapa?!" dan "mengapa?!" masih wujud org yg murtad (keluar dari agama islam)!! Adakah kita perlu menjadi terlalu ‘open minded’ sehingga menggadai islam itu sendiri? cuba fikirkan frasa ini:

ANTARA KEHENDAK DAN SYARIAT…
APAKAH BEZANYA ANTARA KEHENDAK DAN SYARIAT?
dan mungkin bagi yg pernah belajar agama mungkin mudah utk memahaminya….kan?
bagi saya …setiap manusia ada kehendak dan keperluan dlm menjalani kehidupan TETAPI setiap kehendak & keperluan mestilah berlandaskan syariat!
contohnya: sbg manusia kita ingin utk makan..btul x?
ini adalah kehendak dan keperluan kita,
makanlah apa yg kita mau makan tp jangan lupa berlandaskn syariat seperti x dibenarkan minum arak (kenapa la nak minum arak sedangkan byk lg air yg HALAL di dunia ni macam air sirap ker,air oren ker).
aku masih risau dan bimbang serta masih mencari2 apakah cara utk mengatasi masalah ini..manusia adalah
unik dan kita perlukan cara yg unik utk dampingi org sebegini,
doakan moga ALLAH melindungi kita dari apa jua dugaan mendatang…moga Allah membuka pintu hikmahnya utk kita sama2 memahami
ERTI SEBENAR KITA MEMELUK ISLAM.

Yang Berguna.

Salam buat semua yang sudi membaca tulisan-tulisan/artikel-artikel yang saya lampirkan dalam blog saya ini yang tidak sampai lagi 4 bulan.Kalau kanak-kanak yang berusia 4 bulan,normal atau selalunya atau boleh saya katakan sudah sepatutnya mampu untuk menampung kepalanya sendiri,tidak perlu lagi si ibu memegang kepalanya sewaktu mengendong bayi tersebut.Saintifiknya,otot-otot leher serta tulang leher si bayi sudah berkembang sekadarnya agar si bayi mampu menampung atau menegakkan kepalanya sendiri untuk melihat apa yang berada di sekelilingnya.Menarik bukan!

Harapnya,saya juga begitu,sesudah hampir 4 bulan blog ini dijalankan,moga2 sudah mampu melihat perkembangan di sekelilingnya.

Dulu saya pernah mengikuti ucapan oleh Prof.Dr Jamilah,Pengasas Mercy Malaysia yang mana persatuan professional ini telah berkhidmat secara non-profit kepada hampir 15 negara di seluruh dunia.Begitu juga dalam kes tergempar mengenai serangan puak Yahudi ke atas Gaza,Palestin.

Dalam ucapan beliau,bermulanya Mercy Malaysia ini adalah kerana beliau terfikir apakah yang mampu beliau lakukan untuk orang lain?

Dan akhirnya berkat pertolongan Allah beserta sokongan suami dan anak-anak ,beliau Berjaya menubuhkan Mercy Malaysia dan kali pertama berkhidmat sewaktu peperangan di Kosovo.

Fikiran aku ternyata tersentak,jantung berdegup kencang lantas hatiku berbisik”Apa pula yang dapat aku lakukan untuk orang lain?”.

Tetapi ternyata Doktor Jamilah seolah-olah faham dan mengerti akan kebingungan aku.Beliau berkata”Tidak kiralah sesiapa pun,mereka tetap boleh membantu orang lain walaupun bantuan itu dianggap kecil”.

Tidak semena-mena aku bercakap dalam hatiku”Ya!Aku perlu menjadi seorang yang berguna”.

Allah ada menyebut dalam kitabnya,surah Al-Baqarah,ayat 177:

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Dalam ayat ini sudah jelas kepada kita akan pentingnya kita menjadi ‘yang berguna’ .

Samalah dalam kehidupan seharian kita dimana setiap orang berguna untuk orang lain.Janganlah terlintas di hati kita mengatakan bahawa kita ini tidak berguna.Salah!Salah sama sekali!.Cuba lihat di sekeliling kita,ada orang menjadi tukang sapu sampah,ada orang menjadi pekerja kilang,ada yang menjadi pelajar cemerlang sehinggalah ada yang menjadi Perdana Menteri sesebuah Negara.Tidakkah kita terfikir?!Bahawa setiap dari kita ada role atau kegunaan kita masing-masing?!

Begitu juga seorang anak perlulah menjadi anak yang berguna,seorang pekerja perlulah menjadi pekerja yang berguna,seorang ibu atau bapa perlulah menjadi ibu atau bapa yang berguna dan seorang Hamba Allah perlulah menjadi HambaNya yang berguna.

Oleh itu saya bertekad motto hidup saya ialah,

“Jadilah yang berguna”.