Pages

6/26/13

Malu tayang muka, orang tak layan.

" Malu bertanya sesat jalan." biasa dengar tak ungkapan ni ?
Ungkapan sebegini selalunya lahir dari pengalaman serta hikmah kebijaksanaan ' orang tua ' kita. Kebanyakan dari ungkapan mereka pun selalunya mempunyai nilai ketimuran ataupun dengan kata lain mempunyai nilai akhlak islami yang cuba diterapkan oleh golongan terdahulu kepada generasi mendatang. Ini merupakan hasil atau kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.



" Malu tayang muka, orang tak layan "
Ok. Ungkapan ni aku buat sendiri . Mungkin applicable untuk diriku sahaja tidak untuk orang lain mahupun disalah ertikan oleh mana-mana pihak, apatah lagi menyalahi dari hukum syara' .

Kenapa ungkapan ini lahir ?
Aku merupakan the only Malaysian student dalam batch aku. Yang lain kawan-kawan arab dari Mesir, ada juga seorang dari Palestine.

Sebelum masuk OT - Depan bilik para Doctor dan Anesthethist
 Menjadi umpama " itik di reban ayam " ( sesuai ke ungkapan ni? he ) menjadikan aku pernah menitiskan air mata ketika di tahun ta'hiliyah ( tahun persediaan sebelum ke tahun satu medical ). Persediaan yang mengambil masa setahun ini mendedahkan aku secara total 10 subjek yang semuanya adalah subjek agama dalam bahasa Arab.

Untuk naik ke tahun satu medical, wajib lulus kesemua subjek. Sekiranya gagal dalam mana-mana subjek, akan diberikan ujian ulangan . Sekiranya selepas ujian ulangan masih gagal walaupun satu subjek, akan dikira gagal bagi kesemua subjek ! Maka akan mengulanglah untuk belajar kembali kesemua 10 subjek untuk satu tahun lagi. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki padaku untuk lulus kesemua subjek dengan pangkat Jayyid tanpa menghadapi apa-apa peperiksaan ulangan.

Cabaran paling besar adalah memahami kelas dan teks buku-buku rujukan ini yang dikarang oleh para pensyarah Universiti Al-Azhar itu sendiri. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk belajar face to face dengan penulis kitab itu sendiri dalam kesemua subjek,. Bukan sekadar face to face, berlaga lutut dengan syeikh, kena tarik telinga sebab jawapan salah dan banyak lagi. :)

Ketika tahun persediaan ini juga, aku merupakan the only student yang diajar di dalam kelas oleh para pensyarah hampir setengah tahun. Ini kerana, tahun persediaan ini disediakan oleh Al-Azhar untuk pelajar wafidiin ( asing ) sahaja. Setengah tahun sebelum tamat tahun persediaan ni , barulah ada sorang geng dimasukkan sekali bersama itupun dia berasal dari Emirates UAE.

Kemudian naik ke tahun-tahun seterusnya mempunyai cabaran dan keistimewaannya yang tersendiri.
Antaranya seperti ungkapan di atas, " Malu tayang muka, orang tak layan ". Ini yang biasa berlaku ketika di dalam kelas mahupun ketika praktikal sampailah sekarang.


Bahasa yang tidak sefasih kawan-kawan arab yang lain, badan yang kecil jika dibandingkan dengan orang Arab yang besar dan gempal ( tapi ada juga yang kecik2..he ), muka yang tidak seberapa ( baik ada orang nak kahwin dengan aku :) Alhamdulillah ) adalah antara faktor yang boleh menjadikan aku terkebelakang dari sahabat-sahabat yang lain.

Aku pernah berdiri atas kerusi time dalam kelas Anatomy masa tahun satu dulu ! Sebab kena berebut dengan kawan arab yang lain yang ' mengerumuni ' mayat time kelas praktikal. Oleh kerana mereka lebih pantas bergerak, lebih besar badannya, aku perlukan kerusi untuk meninjau mayat tersebut dari pandangan atas....he

Takkan tiap-tiap kelas anatomy kena berdiri atas kerusi kan.... Jadi pernah juga bila sampai je time untuk melihat mayat, aku akan bergegas ke tempat yang disediakan, merapatkan badan aku hingga ke barisan paling hadapan. Pernah beberapa kali berjaya dan pernah juga aku dah berada paling depan, tapi sikit demi sikit aku ' ditolak ' sehinggalah aku menjadi orang paling belakang... haha.


Alhamdulillah, kini aku berada di tahun akhir. Ungkapan yang sama masih applicable untuk aku. Aku perlu menjadi lebih ' agresif ' berbanding sahabat-sahabat Arabku yang lain. Jangan malu untuk tayang muka, nanti orang tak layan.

p/s :
1. Sebagai penuntut ilmu memerlukan mujahadah ( kesungguhan ) dalam untuk memahami apa yang dipelajari.

2. Cabaran-cabaran yang berlaku akan membentuk diri kita yang akan datang.

3. Tidak perlu kerek jadi medical student. Kita dapat belajar dan faham apa yang dipelajari sebab itu nikmat dari Allah. Kalau Allah tarik nikmat tu macam mana? 

3. Moga Allah permudahkan jalan bagi kita menuntut ilmu dan dikurniakan kejayaan di dunia mahupun akhirat. 

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w: mafhumnya ;
( Riwayat Muslim )

.... Barangsiapa yang menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada syurga....






6/22/13

Dunia yang sama, Situasi berbeza

Hampir 7-8 orang ibu-ibu yang bakal dijadualkan untuk melahirkan bayi mereka hari ini. Setakat maklumat yang diberitahu padaku, kesemuanya bakal melahirkan melalui kaedah Caesarian Birth ( C-section ).

Kaedah C-section ini tidak akan dijalankan melainkan ada sebab-sebab yang menghalang  untuk para ibu melahir secara normal vaginal delivery. Commonly any causes of obstructed labour ( detailnya boleh la kot tanya mana-mana medical students atau consult para doktor anda atau mungkin lain kali saya cerita. :) )

Sebelum tu, dah tengok normal vaginal delivery kat tingkat dua Hospital dengan kawan karib Mesir aku, Mahmoud Nadi namanya. Bergetar hati tengok orang bersalin ni. ( Moga Allah berkati dan limpahkan kesihatan dan kekuatan buat ibuku, ibu mertuaku dan isteri ku ).

Ok.Kembali ke Operation Room.
[ Situasi pertama ]

Aku terlepas satu pembedahan melibatkan seorang ibu melahirkan bayi pramatang. Saiz tubuh badan yang kecil serta berat badan yang aku pasti kurang dari normal ( Low Birth Weight ) adalah antara tanda-tanda mudah untuk dikenal pasti. Bukan itu sahaja, bayi tersebut terpaksa dibantu pernafasannya. Biasanya bayi pra-matang, perkara yang kita risau adalah perkembangan peparunya yang turut kurang matang, jadi di sebelahnya seorang HO sedang tekun membantu bayi tesebut bernafas menggunakan ambu bag, bergilir-gilir dengan seorang lagi HO di situ.Aku lihat masing-masing kepenatan....

Premature baby ( < 37 weeks ) - Bukan gambar sebenar

Aku merapati doktor tersebut ... " Ya duktur ! Mumkin ana bisaidak ? (  Doktor, perlukan bantuan ke ? ) " tanyaku dengan lahjah ammi Mesir , niat ingin membantu. " Aiwah... ( Ya ) " balas Doktor tu. Maka aku pun membantu mengambil alih tempat Doktor tersebut, mereka kelihatan lega dapat berehat sebentar. Kata Doktor " Sekarang NICU dah penuh, tiada mechanical ventilation yang available untuk bayi ni, itu sebab terpaksa bantu juga dengan ambu bag sahaja ". Sedih aku dibuatnya... Moga Allah permudahkan hayatmu wahai adik, selagi mampu kami tak akan biarkan kau, kami akan tetap berusaha! Selebihnya terserah kepada kuasa Allah yang maha Esa.

[ Situasi kedua ]

Di samping tanganku mengepam udara kepada bayi tadi, aku menjeling ke incubator sebelah kiriku.... ku lihat seorang lagi bayi yang agak kecil badannya kelihatan sedang tidur sambil mata kadang-kadang terbuka kemudian ditutup semula. Comel... Tiada sebarang masalah yang dapat aku kesan pada bayi itu secara general observation melainkan mataku mengesan saiz kepalanya yang  besar jika dibandingkan dengan saiz badannya. " Macrocephaly most probably hydrocephalus " detik hatiku. Macrocephaly ialah saiz lilit kepala yang lebih besar dari normalnya , manakala hydrocephalus common cause of macrocephalus di samping ada sebab-sebab yang lain.

Kalau lihat pada warna kulit , kadar pernafasan turut naiknya dadanya menunjukkan vital signs dalam keadaan normal, maka mungkin doktor biarkan dahulu bayi tersebut sebentar di dalam incubator menantikan tindakan selanjutnya buat bayi itu.Fikiranku berputar berkaitan hydrocephalus dan apgar score ( kiraan untuk mengetahui keadaan setiap bayi yang baru lahir yang menentukan prognosis dan management yang bakal dilakukan ). Mana satu ibunya aku tidak pasti, sekarang ada dua operations sedang berjalan pada waktu yang sama ketika itu.
Moga Allah kuatkan semangat buatmu dan ibumu wahai bayi....perjalanan hidupmu mungkin sukar dan banyak cabaran yang bakal engkau tempuhi. Moga diberi ganjaran buatmu oleh Allah terhadap ujian yang diberikan ini.
Khusyuk baby tu tidur tanpa menghiraukan aku dan yang lain-lain...he :)

[ Situasi ketiga ]

Sekarang giliran untuk lihat operation pula.... tempatku diganti semula oleh doktor tadi. Aku bingkas bangun ke bilik bersebelahan. Di situ ku lihat seorang ibu sedang dalam persediaan untuk dibius oleh anesthetist. Aku merapatkan diri mengendeng ke doktor tersebut ingin melihat apa yang sedang beliau lakukan.
" assalamualaikum, kaifa halak ? enta malizi ? " ( salam, kamu apa khabar? orang malaysia ke ? ) tegur doktor tu sebelum sempat aku menegurnya dahulu. " waalaikumussalam, alhamdulillah kuwayyis, na'am ana malizi " ( waalaikumussalam, alhamdulillah ok, ye saya orang Malaysia )....

" Aku selalu nampak kau, baguslah kau rajin datang untuk belajar " kata doktor bius tu. Rupa-rupanya aku sudah lama diperhatikan oleh doktor tu selama ni, selalu juga aku nampak beliau tiap kali ada pembedahan tapi segan nak bertegur sapa takut menggangu pula. " Alhamdulilllah , doktor-doktor kat sini semuanya tak sombong ".... detik hatiku.

Ibu tadi sudah siap dibius satu badan ( general anesthesia ) dan dibiarkan tidur. Doktor bedah sudah siap di sisi katil dengan dibantu seorang nurse untuk memulakan pembedahan. Sambil pembedahan berlangsung, doktor bedah sudi menerangkan kepadaku satu persatu apa yang sedang beliau lakukan. Start dari skin incision sehingga uterus ( rahim ) sudah dapat dilihat, doktor terangkan satu persatu. Aku gembira...

Sekarang doktor mula membedah bahagian uterus, amniotic fluid memancut keluar ! ( air ketuban orang melayu panggil kalau tak silap ) - nasib dapat mengelak dari terkena bajuku. Nurse dengan segera membuat suction pada fluid tersebut. Bayi dikeluarkan dari rahim secepat mungkin oleh doktor, diusapnya hidung dan mulut bayi untuk membantu bayi bernafas.Sambil tu ku lihat nurse dengan segera memotong umbilical cord ( tali pusat ) bayi tersebut. Diterbalikkan kedudukan bayi tu kepala menghala ke bawah bagi membantu mengeluarkan cecair yang ada untuk membantu pernafasan tetapi tetap tiada kesan. Bayi tu tetap diam membisu tiada suara kedengaran.

Seorang doktor lain yang turut ada bersama dengan segera mengambil bayi tersebut dan di bawa ke bilik sebelah. Aku dengan segera  mengekori doktor tu ke bilik sebelah. " Mungkin dapat bantu apa-apa jika diizinkan " detik hatiku.
Doktor membuat segala manouver ( kaedah ) yang pernah diajar secara teori di dalam kelas untuk membantu bayi yang tidak bernafas sebaik sahaja dilahirkan.Suction sudah dibuat, digosok-gosok belakang bayi juga sudah dibuat tapi tetap tidak berkesan. Bersungguh-sungguh doktor tu untuk supaya bayi itu mengeluarkan suara keramat dari mulutnya tetapi tetap gagal,di ambilnya ambu bag bersebelahan untuk resuscitate bayi tersebut. Ditekan-tekannya pam tersebut. Aku hanya mampu melihat disebelahnya tiada yang boleh aku bantu setakat ini. Aku berdoa " Ya Allah bantulah kami, Ya Allah ! ".

Akhirnya, setelah hampir 1 minit suara keramat mula terpacul kedengaran keluar dari mulut kecil bayi tersebut. Sebaik sahaja mendengar suaranya, serentak kami berdua mengucapkan " Alhamdulillah ! ". Hatiku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Hatiku takut sekiranya bayi tersebut tidak dapat diselamatkan, tapi benarlah yang kita hanya mampu berusaha, Allah penentu segalanya. Allah berikan izinnya buat bayi tersebut untuk hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Moga Allah lindungi dan jadikannya hamba Nya yang solehah. ( Mataku melirik untuk mengenal pasti jantinanya. Bayi perempuan.. :).... Badan bayi mula bertukar kemerah-merahan, pergerakannya mula aktif, pernafasannya masih dibantu dengan nasal prong. Alhamdulillah. aku kembali ke bilik operation di mana ibunya berada. Laporan diberikan kepada doktor bedah mengatakan yang bayi dalam keadaan stabil. Sudah hampir siap pembedahan tersebut dengan doktor sedang sibuk membuat jahitan pada lapisan-lapisan terakhir sebelum kulit. Bersyukur pembedahan pun tamat dengan ibu dan bayi berjaya diselamatkan dengan izin Allah.

Aku kembali mengendeng ke doktor bius untuk melihat post-operative management yang dilakukan oleh beliau. Tekun doktor tu buat kerja. Tanpa menyoal apa-apa soalan, aku sekadar melihat sahaja takut menganggu. :)

Jam pun sudah melebihi jam 4 petang. Perutku sudah lapar, terbayang masakan isteri di rumah. Aku meminta izin untuk pulang ke rumah dari para doktor. Sempat berbual dengan doktor bius sedikit tips dan perkongsian dari beliau. Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari hari ini walaupun sebenarnya ada lagi beberapa case @ situasi yang ada yang mungkin akan aku ceritakan lain kali, InsyaAllah. Moga Allah kuatkan kita dan permudahkan kita untuk menuntut ilmunya, InsyaAllah.

Menanti hari esok, untuk ilmu yang baru. InsyaAllah.

p/s : Kita ni tiada-tiada apa kuasa dan kekuatan melainkan jika diizinkan oleh Allah s.w.t. Kita lahir dalam keadaan yang berbeza tapi dari sumber yang sama ( air mani + ovum ), jadi mengapa masih ada yang mendabik dada mengatakan dirinya lebih mulia dari yang lainnya?
Mengapa ada yang sanggup membunuh orang lain tanpa sebab-sebab yang diizinkn oleh syara' ?
Sedarlah, yang membezakan kita dengan orang lain hanyalah dengan IMAN dan TAKWA kita kepada Allah.

Human development ( disebut di dalam Al-quran 1400 tahun yang lalu dengan detail )

Allah ada menyebut di dalam Al-Quran :
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati ( berasal ) dari tanah " (12)

" Kemudian kami jadikan saripati itu air mani ( yg disimpan ) dalam tempat yang kukuh ( rahim ) " (13)

" Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging, Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang ( berbentuk ) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik " (14)

 " Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati " (15)

" Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan ( dari kuburmu )di hari kamat " ( 16 )

[ Surah Al-mukminun , ayat 12-16 ]











7/11/11

1 2 3 4

Salam....
Macam-macam perasaan timbul kalau dok layan lagu ni..Tapi banyak manfaat dan nasihat ada dlm lagu ini.Jom layan!

Lagu : 1234
Oleh : Aris Ariwatan

Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi DIA yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih


Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai....kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai...kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara.

N.B:
1. Katakanlah(Muhammad)," Dialah Allah,Yang Maha Esa " ( Surah Al-Ikhlas )



2. " Dan kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Dan jika kedua-duanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu,maka janganlah engaku patuhi keduanya.Hanya kepadaKu tempat kembalimu dan akan Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan " (Al-Ankabut : ayat 8)



3." Nikahilah perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, Pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung ". ( Hadis riwayat Muslim )



4. Hidup ini hanyalah sementara.



p/s : Moga semua dapat manfaat.I'allah.

11/23/10

Bila diri disayangi.

KUMP:UK's
LAgu :Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Komen:

Walaupun lagu ini bukan dialunkan oleh kumpulan nasyid,ia tetap mempunyai unsur-unsur nasihat dan ketuhanan ke atas Allah yang satu.

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ (4)

Maksudnya:
1.Katakanlah(Muhammad),"Dialah Allah,Yang Maha Esa
2.Allah tempat meminta segala sesuatu
3.(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
4.dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia".

(Surah Al-Ikhlas 1-4)

Benarlah yang kita semua tidak akan jemu menyebut namaNYA tidak kira bagaimana sekalipun situasi dan keadaan kita.Ingat Allah ketika kita berdiri,duduk dan walaupun ketika berbaring i.e dalam setiap keadaan....

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً

Maksudnya:
....ingatlah Allah ketika kamu berdiri,pada waktu duduk dan ketika berbaring....

(Surah An-Nisa 4 :103)

dan ingatlah Allah sebanyak2nya..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

Maksudnya:
Wahai orang2 yang beriman!Ingatlah kepada Allah,dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya.

(Surah Al-Ahzab 33:41)

dan sebutlah dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani pada setiap permulaan apa yang kita kerjakan.Mudah2an dengan ingatnya kita padaNYa mengelakkan kita melakukan dosa dalam pekerjaan kita itu.



dan mohonlah ampun atas kesilapan yang telah kita lakukan.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang berada di dalam hati kita....ucaplah Ampunkan aku Ya Allah.
Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan dan taubat dari hambanya walaupun kita seringkali terlupa padaNYa,Allah s.w.t tetap menerima hamba yang kembali padaNYa.

Izinkanlah aku menumpang di bawah naungan kasih dan sayangMU Ya Allah....


p/s :Mungkin anda akan jumpa pemesongan dalam maksud sebenar penyampaian lagu ni yang lebih kepada kasih sayang kepada manusia semata2 (antara lelaki dan wanita) tapi sedarlah kasih sayang serta ketaatan kepada Allah dan RasulnYa Muhammad adalah lebih besar dari itu.

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

Maksudnya :
dan barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya,mereka itulah org2 yang mendapat kemenangan.

(Surah An-Nuur:52)

moga Allah merahmati ahli kumpulan ini yang telah cuba menyampaikan dakwah Islam mengikut kemampuan mereka.

"Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran beliau hendaklah mengubahnya dengan tangan,sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan lidahnya,sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan hatinya dan yang demikian itu adalah iman yang paling lemah."
(Hadis riwayat Muslim daripada Abu Said al-Khudri)

7/15/10

La tansa syukrulilah....

Tidakkah kau melihat sekeliling kamu akan apa yg Allah ciptakan?

Apa tujuannya?
Tidakkah kita berfikir?

Tidakkah kau bersyukur melihat seorang nenek yg miskin meminta sedekah untuk sesuap nasi sedangkan kau cukup makannya?



Tidakkah kau bersyukur melihat pakcik tua yang hilang sebelah kakinya,menanti orang membantunya untuk bangun setelah jatuh sedangkan kau masih boleh berlari-lari dan berjalan ke mana sahaja?

Tidakkah kau bersyukur melihat seorang ibu bersama anak-anaknya hanya tidur di kaki lima beralaskan kotak sedangkan kau nyenyak tidur di atas katil yang empuk?

Tidakkah kau bersyukur melihat orang buta berjalan,orang bisu cuba untuk ber'cakap',orang pekak cuba untuk men'dengar' sedangkan kau cukup sifatnya masih lagi melihat,bercakap dan mendengar?



Janganlah lupa untuk bersyukur kepada Allah.
Mudah sahaja....ucaplah "ALHAMDULILLAH"
dan laksanakanlah perintahNYA dan jauhilah laranganNYA.

La tansa syukrulillah....

^_^ Alhamdulillah

6/27/10

My heart is loving you....

My heart is loving you....
My heart is just for you....
knowing you....
Allah i will try to get close to you....

let us find the way....
to know our God....
feel the tortures of Hellfire....
think of pleasures of Paradise....
find the way to get Allah's love....

petikan lirik dari:
KUMP : Raihan
ALBUM : Puji-pujian
LAGU : Rayuan rindu



Komen:
Saje je nak kongsi....sebab lagu-lagu nasyid Raihan ni banyak menyentuh jiwa-jiwa yang menghayatinya.

Nak dengar lagu penuh boleh je search kat youtube tu.
Sama-sama kita hayati.