Pages

2/7/10

Pak Arab.

Salam...

Lama dah tak update blog ni.sejak habis exam arituh rasanya.
tapi tak mengapa rasanya sebab memang tak tahu nak tulis apa pun.hihi

Tetapi!hari ini....terasa nak berkongsi sedikit pada semua tentang pak arab.
ringkas sahaja tak panjang pun.

Tengah hari tadi,aku rasakan akulah orang yang paling tension dan paling marah kat dunia ini.Sebabnya,janji tidak ditepati.Aku sepatutnya bertolak dari rumah ke Abu Ela'( kawasan tumpuan sekarang di mesir untuk membeli baju sejuk oleh student mesir tak kiralah medic atau pengajian ) sejak jam 10 pagi,aku dah berjanji dengan rakanku ini pada waktu tersebut.Malangnya rakan aku ini masih tidur dan bangkit tepat jam 1 tengah hari! Padahal rakanku ini yang minta tolong dari aku untuk temankan dia....erm....

Aku mulai rasa tidak puas hati....
Sebab ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku....dah banyak kali dah tetapi aku cuba untuk tetapkan pada diri aku supaya menepati janji.

Lepas itu,aku pun bertolak bersama rakanku ini dengan menaiki motosikal
( aku yang bawa ) ke destinasi pada jam 2.30 petang setelah aku menunggu lagi untuk dia bersiap.Lama....aku makin 'panas'.

Sekadar Hiasan

Aku rasa hari ini jugak aku bawa motor dalam keadaan yang sangat berbahaya.Aku bawa laju sambil potong kenderaan lain macam pelesit.Hati tengah 'panas'la katakan,aku sudah tak kesah semua dah.Rakanku buat lawak pun aku tak endah.Protes....

Lepas itu sampai la kat satu kawasan ni,traffic jam.Kereta banyak,aku nak 'menciluk' pun dah tak ada ruang.Aku pun berhenti sebentar....menanti ruang untuk jalan.

Jangan tiru aksi ini

Adalah seorang pak arab,bawa motor juga berhenti sebelah aku.Atas motor tu ada 3orang sekali naik.(perkara biasa di sini)....aku buat tak endah sahaja sebab aku pernah tengok yang lagi dahsyat lagi.6 orang naik satu motor!(dah macam sarkas aku tengok)....hihi

Lepas itu,pak arab tu tegur aku sambil usik2 helmet aku.Hati aku yang tengah 'panas' ni pun berkata "Apa pasal pula arab ni,usik2 pula!".Aku tak pandang pun muka arab tu.Dia usik aku lagi.Dia sentuh2 bahu aku.."eh,geram pula aku!".

Aku terus pandang muka pak arab tu,lalu dia pun terus tegur aku.
"Saya minat la dengan helmet kamu ni,bagi saya boleh?"(setelah ditranslate ke bahasa melayu).Pak arab ni bercakap dengan nada bergurau sambil senyum kat aku.
Aku bila mana dengar dia cakap macam itu,dengan gaya seorang arab bergurau (buat sapa2 yang tinggal di mesir mungkin tahu macam mana gurauan seorang pak arab.....kadang2 lawak,kadang2 kita pula yang tension)....tapi kes yang ni aku terhibur,tidak tahu sebab apa.Lantas aku pun tersenyum pada pak arab ni.Serta merta hilang perasaan marah aku tadi.Aku sudah boleh kontrol diri aku balik,aku pun mula memberi respon pada rakan aku tadi (kesian kat dia) dan aku sudah mula bersuara dan berjenaka dengan rakan aku tadi.Terima kasih pak arab!

Nasihat aku:
1) Janganlah ikut sangat perasaan marah tu,lagi kita marah....lagi hilang pedoman kita.Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku 'merempit' tadi,tiada apa2 berlaku.Kalau terjadi apa2?

2) Cubalah kita semua tepati masa,kalau berjanji tu,tepati.Itu sifat muslim.

3) Ada juga orang yang begitu anti dengan pak arab,tidak perlulah sampai begitu,semuanya hamba Allah.Kita baik dengan orang....insyaallah,orang akan baik pada kita.

4) Senyumlah selalu.Selain ianya sedekah,dapat juga redakan kemarahan kita.Insyaallah.

*Kalau rakan aku tahu aku ada cerita kat semua pasal dia mesti dia marah.hihi.
Takpe2 aku sudah maafkan kesalahan kau tadi.Aku dah tak kesah.

2/4/10

Mukmin takkan jatuh satu lubang dua kali.

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.” Riwayat Bukhari & Muslim

Pengajaran hadis:
i) Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama.

ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.

iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:
a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta . Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut.
b) Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.
c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.

d) Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut.

e) Dalam tempoh masa- Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT

ALLAHU A'ALAM