Pages

Showing posts with label Kisah Diri. Show all posts
Showing posts with label Kisah Diri. Show all posts

6/26/13

Malu tayang muka, orang tak layan.

" Malu bertanya sesat jalan." biasa dengar tak ungkapan ni ?
Ungkapan sebegini selalunya lahir dari pengalaman serta hikmah kebijaksanaan ' orang tua ' kita. Kebanyakan dari ungkapan mereka pun selalunya mempunyai nilai ketimuran ataupun dengan kata lain mempunyai nilai akhlak islami yang cuba diterapkan oleh golongan terdahulu kepada generasi mendatang. Ini merupakan hasil atau kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.



" Malu tayang muka, orang tak layan "
Ok. Ungkapan ni aku buat sendiri . Mungkin applicable untuk diriku sahaja tidak untuk orang lain mahupun disalah ertikan oleh mana-mana pihak, apatah lagi menyalahi dari hukum syara' .

Kenapa ungkapan ini lahir ?
Aku merupakan the only Malaysian student dalam batch aku. Yang lain kawan-kawan arab dari Mesir, ada juga seorang dari Palestine.

Sebelum masuk OT - Depan bilik para Doctor dan Anesthethist
 Menjadi umpama " itik di reban ayam " ( sesuai ke ungkapan ni? he ) menjadikan aku pernah menitiskan air mata ketika di tahun ta'hiliyah ( tahun persediaan sebelum ke tahun satu medical ). Persediaan yang mengambil masa setahun ini mendedahkan aku secara total 10 subjek yang semuanya adalah subjek agama dalam bahasa Arab.

Untuk naik ke tahun satu medical, wajib lulus kesemua subjek. Sekiranya gagal dalam mana-mana subjek, akan diberikan ujian ulangan . Sekiranya selepas ujian ulangan masih gagal walaupun satu subjek, akan dikira gagal bagi kesemua subjek ! Maka akan mengulanglah untuk belajar kembali kesemua 10 subjek untuk satu tahun lagi. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki padaku untuk lulus kesemua subjek dengan pangkat Jayyid tanpa menghadapi apa-apa peperiksaan ulangan.

Cabaran paling besar adalah memahami kelas dan teks buku-buku rujukan ini yang dikarang oleh para pensyarah Universiti Al-Azhar itu sendiri. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk belajar face to face dengan penulis kitab itu sendiri dalam kesemua subjek,. Bukan sekadar face to face, berlaga lutut dengan syeikh, kena tarik telinga sebab jawapan salah dan banyak lagi. :)

Ketika tahun persediaan ini juga, aku merupakan the only student yang diajar di dalam kelas oleh para pensyarah hampir setengah tahun. Ini kerana, tahun persediaan ini disediakan oleh Al-Azhar untuk pelajar wafidiin ( asing ) sahaja. Setengah tahun sebelum tamat tahun persediaan ni , barulah ada sorang geng dimasukkan sekali bersama itupun dia berasal dari Emirates UAE.

Kemudian naik ke tahun-tahun seterusnya mempunyai cabaran dan keistimewaannya yang tersendiri.
Antaranya seperti ungkapan di atas, " Malu tayang muka, orang tak layan ". Ini yang biasa berlaku ketika di dalam kelas mahupun ketika praktikal sampailah sekarang.


Bahasa yang tidak sefasih kawan-kawan arab yang lain, badan yang kecil jika dibandingkan dengan orang Arab yang besar dan gempal ( tapi ada juga yang kecik2..he ), muka yang tidak seberapa ( baik ada orang nak kahwin dengan aku :) Alhamdulillah ) adalah antara faktor yang boleh menjadikan aku terkebelakang dari sahabat-sahabat yang lain.

Aku pernah berdiri atas kerusi time dalam kelas Anatomy masa tahun satu dulu ! Sebab kena berebut dengan kawan arab yang lain yang ' mengerumuni ' mayat time kelas praktikal. Oleh kerana mereka lebih pantas bergerak, lebih besar badannya, aku perlukan kerusi untuk meninjau mayat tersebut dari pandangan atas....he

Takkan tiap-tiap kelas anatomy kena berdiri atas kerusi kan.... Jadi pernah juga bila sampai je time untuk melihat mayat, aku akan bergegas ke tempat yang disediakan, merapatkan badan aku hingga ke barisan paling hadapan. Pernah beberapa kali berjaya dan pernah juga aku dah berada paling depan, tapi sikit demi sikit aku ' ditolak ' sehinggalah aku menjadi orang paling belakang... haha.


Alhamdulillah, kini aku berada di tahun akhir. Ungkapan yang sama masih applicable untuk aku. Aku perlu menjadi lebih ' agresif ' berbanding sahabat-sahabat Arabku yang lain. Jangan malu untuk tayang muka, nanti orang tak layan.

p/s :
1. Sebagai penuntut ilmu memerlukan mujahadah ( kesungguhan ) dalam untuk memahami apa yang dipelajari.

2. Cabaran-cabaran yang berlaku akan membentuk diri kita yang akan datang.

3. Tidak perlu kerek jadi medical student. Kita dapat belajar dan faham apa yang dipelajari sebab itu nikmat dari Allah. Kalau Allah tarik nikmat tu macam mana? 

3. Moga Allah permudahkan jalan bagi kita menuntut ilmu dan dikurniakan kejayaan di dunia mahupun akhirat. 

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w: mafhumnya ;
( Riwayat Muslim )

.... Barangsiapa yang menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada syurga....






6/22/13

Dunia yang sama, Situasi berbeza

Hampir 7-8 orang ibu-ibu yang bakal dijadualkan untuk melahirkan bayi mereka hari ini. Setakat maklumat yang diberitahu padaku, kesemuanya bakal melahirkan melalui kaedah Caesarian Birth ( C-section ).

Kaedah C-section ini tidak akan dijalankan melainkan ada sebab-sebab yang menghalang  untuk para ibu melahir secara normal vaginal delivery. Commonly any causes of obstructed labour ( detailnya boleh la kot tanya mana-mana medical students atau consult para doktor anda atau mungkin lain kali saya cerita. :) )

Sebelum tu, dah tengok normal vaginal delivery kat tingkat dua Hospital dengan kawan karib Mesir aku, Mahmoud Nadi namanya. Bergetar hati tengok orang bersalin ni. ( Moga Allah berkati dan limpahkan kesihatan dan kekuatan buat ibuku, ibu mertuaku dan isteri ku ).

Ok.Kembali ke Operation Room.
[ Situasi pertama ]

Aku terlepas satu pembedahan melibatkan seorang ibu melahirkan bayi pramatang. Saiz tubuh badan yang kecil serta berat badan yang aku pasti kurang dari normal ( Low Birth Weight ) adalah antara tanda-tanda mudah untuk dikenal pasti. Bukan itu sahaja, bayi tersebut terpaksa dibantu pernafasannya. Biasanya bayi pra-matang, perkara yang kita risau adalah perkembangan peparunya yang turut kurang matang, jadi di sebelahnya seorang HO sedang tekun membantu bayi tesebut bernafas menggunakan ambu bag, bergilir-gilir dengan seorang lagi HO di situ.Aku lihat masing-masing kepenatan....

Premature baby ( < 37 weeks ) - Bukan gambar sebenar

Aku merapati doktor tersebut ... " Ya duktur ! Mumkin ana bisaidak ? (  Doktor, perlukan bantuan ke ? ) " tanyaku dengan lahjah ammi Mesir , niat ingin membantu. " Aiwah... ( Ya ) " balas Doktor tu. Maka aku pun membantu mengambil alih tempat Doktor tersebut, mereka kelihatan lega dapat berehat sebentar. Kata Doktor " Sekarang NICU dah penuh, tiada mechanical ventilation yang available untuk bayi ni, itu sebab terpaksa bantu juga dengan ambu bag sahaja ". Sedih aku dibuatnya... Moga Allah permudahkan hayatmu wahai adik, selagi mampu kami tak akan biarkan kau, kami akan tetap berusaha! Selebihnya terserah kepada kuasa Allah yang maha Esa.

[ Situasi kedua ]

Di samping tanganku mengepam udara kepada bayi tadi, aku menjeling ke incubator sebelah kiriku.... ku lihat seorang lagi bayi yang agak kecil badannya kelihatan sedang tidur sambil mata kadang-kadang terbuka kemudian ditutup semula. Comel... Tiada sebarang masalah yang dapat aku kesan pada bayi itu secara general observation melainkan mataku mengesan saiz kepalanya yang  besar jika dibandingkan dengan saiz badannya. " Macrocephaly most probably hydrocephalus " detik hatiku. Macrocephaly ialah saiz lilit kepala yang lebih besar dari normalnya , manakala hydrocephalus common cause of macrocephalus di samping ada sebab-sebab yang lain.

Kalau lihat pada warna kulit , kadar pernafasan turut naiknya dadanya menunjukkan vital signs dalam keadaan normal, maka mungkin doktor biarkan dahulu bayi tersebut sebentar di dalam incubator menantikan tindakan selanjutnya buat bayi itu.Fikiranku berputar berkaitan hydrocephalus dan apgar score ( kiraan untuk mengetahui keadaan setiap bayi yang baru lahir yang menentukan prognosis dan management yang bakal dilakukan ). Mana satu ibunya aku tidak pasti, sekarang ada dua operations sedang berjalan pada waktu yang sama ketika itu.
Moga Allah kuatkan semangat buatmu dan ibumu wahai bayi....perjalanan hidupmu mungkin sukar dan banyak cabaran yang bakal engkau tempuhi. Moga diberi ganjaran buatmu oleh Allah terhadap ujian yang diberikan ini.
Khusyuk baby tu tidur tanpa menghiraukan aku dan yang lain-lain...he :)

[ Situasi ketiga ]

Sekarang giliran untuk lihat operation pula.... tempatku diganti semula oleh doktor tadi. Aku bingkas bangun ke bilik bersebelahan. Di situ ku lihat seorang ibu sedang dalam persediaan untuk dibius oleh anesthetist. Aku merapatkan diri mengendeng ke doktor tersebut ingin melihat apa yang sedang beliau lakukan.
" assalamualaikum, kaifa halak ? enta malizi ? " ( salam, kamu apa khabar? orang malaysia ke ? ) tegur doktor tu sebelum sempat aku menegurnya dahulu. " waalaikumussalam, alhamdulillah kuwayyis, na'am ana malizi " ( waalaikumussalam, alhamdulillah ok, ye saya orang Malaysia )....

" Aku selalu nampak kau, baguslah kau rajin datang untuk belajar " kata doktor bius tu. Rupa-rupanya aku sudah lama diperhatikan oleh doktor tu selama ni, selalu juga aku nampak beliau tiap kali ada pembedahan tapi segan nak bertegur sapa takut menggangu pula. " Alhamdulilllah , doktor-doktor kat sini semuanya tak sombong ".... detik hatiku.

Ibu tadi sudah siap dibius satu badan ( general anesthesia ) dan dibiarkan tidur. Doktor bedah sudah siap di sisi katil dengan dibantu seorang nurse untuk memulakan pembedahan. Sambil pembedahan berlangsung, doktor bedah sudi menerangkan kepadaku satu persatu apa yang sedang beliau lakukan. Start dari skin incision sehingga uterus ( rahim ) sudah dapat dilihat, doktor terangkan satu persatu. Aku gembira...

Sekarang doktor mula membedah bahagian uterus, amniotic fluid memancut keluar ! ( air ketuban orang melayu panggil kalau tak silap ) - nasib dapat mengelak dari terkena bajuku. Nurse dengan segera membuat suction pada fluid tersebut. Bayi dikeluarkan dari rahim secepat mungkin oleh doktor, diusapnya hidung dan mulut bayi untuk membantu bayi bernafas.Sambil tu ku lihat nurse dengan segera memotong umbilical cord ( tali pusat ) bayi tersebut. Diterbalikkan kedudukan bayi tu kepala menghala ke bawah bagi membantu mengeluarkan cecair yang ada untuk membantu pernafasan tetapi tetap tiada kesan. Bayi tu tetap diam membisu tiada suara kedengaran.

Seorang doktor lain yang turut ada bersama dengan segera mengambil bayi tersebut dan di bawa ke bilik sebelah. Aku dengan segera  mengekori doktor tu ke bilik sebelah. " Mungkin dapat bantu apa-apa jika diizinkan " detik hatiku.
Doktor membuat segala manouver ( kaedah ) yang pernah diajar secara teori di dalam kelas untuk membantu bayi yang tidak bernafas sebaik sahaja dilahirkan.Suction sudah dibuat, digosok-gosok belakang bayi juga sudah dibuat tapi tetap tidak berkesan. Bersungguh-sungguh doktor tu untuk supaya bayi itu mengeluarkan suara keramat dari mulutnya tetapi tetap gagal,di ambilnya ambu bag bersebelahan untuk resuscitate bayi tersebut. Ditekan-tekannya pam tersebut. Aku hanya mampu melihat disebelahnya tiada yang boleh aku bantu setakat ini. Aku berdoa " Ya Allah bantulah kami, Ya Allah ! ".

Akhirnya, setelah hampir 1 minit suara keramat mula terpacul kedengaran keluar dari mulut kecil bayi tersebut. Sebaik sahaja mendengar suaranya, serentak kami berdua mengucapkan " Alhamdulillah ! ". Hatiku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Hatiku takut sekiranya bayi tersebut tidak dapat diselamatkan, tapi benarlah yang kita hanya mampu berusaha, Allah penentu segalanya. Allah berikan izinnya buat bayi tersebut untuk hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Moga Allah lindungi dan jadikannya hamba Nya yang solehah. ( Mataku melirik untuk mengenal pasti jantinanya. Bayi perempuan.. :).... Badan bayi mula bertukar kemerah-merahan, pergerakannya mula aktif, pernafasannya masih dibantu dengan nasal prong. Alhamdulillah. aku kembali ke bilik operation di mana ibunya berada. Laporan diberikan kepada doktor bedah mengatakan yang bayi dalam keadaan stabil. Sudah hampir siap pembedahan tersebut dengan doktor sedang sibuk membuat jahitan pada lapisan-lapisan terakhir sebelum kulit. Bersyukur pembedahan pun tamat dengan ibu dan bayi berjaya diselamatkan dengan izin Allah.

Aku kembali mengendeng ke doktor bius untuk melihat post-operative management yang dilakukan oleh beliau. Tekun doktor tu buat kerja. Tanpa menyoal apa-apa soalan, aku sekadar melihat sahaja takut menganggu. :)

Jam pun sudah melebihi jam 4 petang. Perutku sudah lapar, terbayang masakan isteri di rumah. Aku meminta izin untuk pulang ke rumah dari para doktor. Sempat berbual dengan doktor bius sedikit tips dan perkongsian dari beliau. Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari hari ini walaupun sebenarnya ada lagi beberapa case @ situasi yang ada yang mungkin akan aku ceritakan lain kali, InsyaAllah. Moga Allah kuatkan kita dan permudahkan kita untuk menuntut ilmunya, InsyaAllah.

Menanti hari esok, untuk ilmu yang baru. InsyaAllah.

p/s : Kita ni tiada-tiada apa kuasa dan kekuatan melainkan jika diizinkan oleh Allah s.w.t. Kita lahir dalam keadaan yang berbeza tapi dari sumber yang sama ( air mani + ovum ), jadi mengapa masih ada yang mendabik dada mengatakan dirinya lebih mulia dari yang lainnya?
Mengapa ada yang sanggup membunuh orang lain tanpa sebab-sebab yang diizinkn oleh syara' ?
Sedarlah, yang membezakan kita dengan orang lain hanyalah dengan IMAN dan TAKWA kita kepada Allah.

Human development ( disebut di dalam Al-quran 1400 tahun yang lalu dengan detail )

Allah ada menyebut di dalam Al-Quran :
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati ( berasal ) dari tanah " (12)

" Kemudian kami jadikan saripati itu air mani ( yg disimpan ) dalam tempat yang kukuh ( rahim ) " (13)

" Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging, Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang ( berbentuk ) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik " (14)

 " Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati " (15)

" Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan ( dari kuburmu )di hari kamat " ( 16 )

[ Surah Al-mukminun , ayat 12-16 ]











2/7/10

Pak Arab.

Salam...

Lama dah tak update blog ni.sejak habis exam arituh rasanya.
tapi tak mengapa rasanya sebab memang tak tahu nak tulis apa pun.hihi

Tetapi!hari ini....terasa nak berkongsi sedikit pada semua tentang pak arab.
ringkas sahaja tak panjang pun.

Tengah hari tadi,aku rasakan akulah orang yang paling tension dan paling marah kat dunia ini.Sebabnya,janji tidak ditepati.Aku sepatutnya bertolak dari rumah ke Abu Ela'( kawasan tumpuan sekarang di mesir untuk membeli baju sejuk oleh student mesir tak kiralah medic atau pengajian ) sejak jam 10 pagi,aku dah berjanji dengan rakanku ini pada waktu tersebut.Malangnya rakan aku ini masih tidur dan bangkit tepat jam 1 tengah hari! Padahal rakanku ini yang minta tolong dari aku untuk temankan dia....erm....

Aku mulai rasa tidak puas hati....
Sebab ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku....dah banyak kali dah tetapi aku cuba untuk tetapkan pada diri aku supaya menepati janji.

Lepas itu,aku pun bertolak bersama rakanku ini dengan menaiki motosikal
( aku yang bawa ) ke destinasi pada jam 2.30 petang setelah aku menunggu lagi untuk dia bersiap.Lama....aku makin 'panas'.

Sekadar Hiasan

Aku rasa hari ini jugak aku bawa motor dalam keadaan yang sangat berbahaya.Aku bawa laju sambil potong kenderaan lain macam pelesit.Hati tengah 'panas'la katakan,aku sudah tak kesah semua dah.Rakanku buat lawak pun aku tak endah.Protes....

Lepas itu sampai la kat satu kawasan ni,traffic jam.Kereta banyak,aku nak 'menciluk' pun dah tak ada ruang.Aku pun berhenti sebentar....menanti ruang untuk jalan.

Jangan tiru aksi ini

Adalah seorang pak arab,bawa motor juga berhenti sebelah aku.Atas motor tu ada 3orang sekali naik.(perkara biasa di sini)....aku buat tak endah sahaja sebab aku pernah tengok yang lagi dahsyat lagi.6 orang naik satu motor!(dah macam sarkas aku tengok)....hihi

Lepas itu,pak arab tu tegur aku sambil usik2 helmet aku.Hati aku yang tengah 'panas' ni pun berkata "Apa pasal pula arab ni,usik2 pula!".Aku tak pandang pun muka arab tu.Dia usik aku lagi.Dia sentuh2 bahu aku.."eh,geram pula aku!".

Aku terus pandang muka pak arab tu,lalu dia pun terus tegur aku.
"Saya minat la dengan helmet kamu ni,bagi saya boleh?"(setelah ditranslate ke bahasa melayu).Pak arab ni bercakap dengan nada bergurau sambil senyum kat aku.
Aku bila mana dengar dia cakap macam itu,dengan gaya seorang arab bergurau (buat sapa2 yang tinggal di mesir mungkin tahu macam mana gurauan seorang pak arab.....kadang2 lawak,kadang2 kita pula yang tension)....tapi kes yang ni aku terhibur,tidak tahu sebab apa.Lantas aku pun tersenyum pada pak arab ni.Serta merta hilang perasaan marah aku tadi.Aku sudah boleh kontrol diri aku balik,aku pun mula memberi respon pada rakan aku tadi (kesian kat dia) dan aku sudah mula bersuara dan berjenaka dengan rakan aku tadi.Terima kasih pak arab!

Nasihat aku:
1) Janganlah ikut sangat perasaan marah tu,lagi kita marah....lagi hilang pedoman kita.Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku 'merempit' tadi,tiada apa2 berlaku.Kalau terjadi apa2?

2) Cubalah kita semua tepati masa,kalau berjanji tu,tepati.Itu sifat muslim.

3) Ada juga orang yang begitu anti dengan pak arab,tidak perlulah sampai begitu,semuanya hamba Allah.Kita baik dengan orang....insyaallah,orang akan baik pada kita.

4) Senyumlah selalu.Selain ianya sedekah,dapat juga redakan kemarahan kita.Insyaallah.

*Kalau rakan aku tahu aku ada cerita kat semua pasal dia mesti dia marah.hihi.
Takpe2 aku sudah maafkan kesalahan kau tadi.Aku dah tak kesah.

9/27/09

Markaz bahasa @ tarbiyah (final)

Salam….sket lagi nak abes..teruskan membaca

Berkisar tentang ramadhan ( dah raya pon kita ), ada ustaz ali bercerita pada aku,
Tanya dia pada aku “sekiranya satu hari ada kawan karib kamu, kawan karib kamu ini adalah kawan yang paling engkau sayang ,dia nak datang ziarah ke rumah,apa yang akan kamu lakukan?.”
Aku pun jawab “saya akan mengemas rumah sekemas yang boleh,membeli bahan-bahan untuk dimasak,menyediakan bilik tidur serta mengemasnya jika kawan saya mahu menetap di rumah”.
“jadi maknanya kamu akan bersedia sebelum kedatangan dia dan akan melayan sebaik mungkin kawan kamu itu kan?”soal ustaz ali.
“ya”jawab aku.
“oleh yang demikian,samalah juga dengan ramadhan….anggaplah ramadhan itu kawan karib kamu dan anggaplah diri dan hati kamu itu seperti rumah kamu.Sebelum kedatangan ramadhan,bersihkanlah diri dan hati kamu dari perkara yang tidak baik.bila datangnya ramadhan layanlah dengan baik dengan beramal” nasihat ustaz ali pada aku.

p/s janganlah dengan tamatnya ramadhan maka tamatlah amalan2 yg kita lakukan..teruskanlah apa yang telah Berjaya kita lakukan semasa di bulan Ramadhan..klu masa ramadhan selalu baca Al-Quran….teruskan….
Kalau masa ramdhan kita selalu sedekah….teruskan…


Begitulah sehari-hari aku di markaz bahasa,Alhamdulillah bukan sahaja dapat belajar bahasa,tetapi terlalu banyak nasihat dan input yang aku dapat melalui ustaz ali.mungkin beginilah agaknya ulama-ulama muktabar dahulu belajar,berdepan dengan syeikh masing-masing….di samping belajar ilmu terdapat juga tarbiyahnya.
Oleh yang demikian,kita berdoa pada Allah moga memberikan kita keupayaan untuk membentuk diri dan orang sekeliling kita agar kembali mengingati Allah selalu.
Untuk sesiapa yang bercita-cita mahu menjadi guru atau sudah menjadi guru,jangan lupa di samping ilmu yang diajar,adab-adab serta pentarbiyahan juga penting.
kalau sebagai seorg doctor pon boleh,sambil2 merawat pesakit nasihatilah pesakit supaya sentiasa ingat pada Allah,amalan cubalah ditingkatkan dan banyak lagi….ini juga boleh dikatakan sebagai tarbiyah.

Tidak kira siapa kita,ustaz,lawyer,majistret,tukang cuci….asalkan kita muslim, Allah ada berfirman maksudnya,....berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.ayat ini tidak khusus kepada para ustaz sahaja malahan semua umat islam tetapi mestilah berlandaskan kebenaran ( ilmu yang sahih ).Moga kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah.
Dan ustaz ali ada juga berpesan ,melalui hadis yang maknanya,ilmu itu melalui belajar dan mengajar,serta dalam hadis yang lain maknanya sampaikanlah walau satu ayat.

Pesanannya membuka untuk aku cuba berkongsi apa yang aku tahu dengan orang lain.insyaallah.Aku berdoa pada Allah moga Allah permudahkan segala urusan,amin ya rabbal a’alamiin.
ALLAHU A’ALAM.

9/18/09

Markaz bahasa @ tarbiyah (part 2)

Salam….
Sambung kisah perang Sinai….
Ada satu peristiwa masa perang Sinai….ada satu kawasan kubu Israel ditanam dengan bom.laluan mana yang ada bom,tidak diketahui.mahu atau tidak terpaksa melalui kawasan ini kalau nak tawan kubu Israel.kalau terpijak bom….alamatnya mati!

Lagi satu bukan satu dua sahaja bom,tetapi beratus-ratus dan disusun secara berlapis/berselang.hampir 6 lapis kata ustaz ali pada aku.
Maknanya walaupun mungkin tentera mesir Berjaya letupkan bom lapisan pertama….dalam jarak contohnya 2 meter lagi lepas tu….ada bom lapisan kedua pula,ketiga dan seterusnya.
Jadi di sinilah antara bukti keberanian dan ketelusan tentera mesir berperang ‘mencari’ syahid si sisi Allah dalam menegakkan agama yang disayangi….ISLAM.

Apa yang tentera mesir lakukan ialah beratur dalam barisan.kemudian orang paling hadapan akan berlari sekuat-kuatnya meredah kawasan yang dilapisi bom-bom tersebut….sekiranya terpijak bom dan meletup@mati,orang kedua selepas tu pula akan berlari meredah lapisan bom yang kedua pula….sekiranya terpijak dan meletup@mati,orang ketiga akan buat perkara yang sama dan seterusnya sehinggalah kawasan bom tersebut dapat ditembusi oleh tentera mesir .

Lihatlah betapa beraninya pejuang-pejuang islam !bayangkan kalau kitalah diarah untuk berjalan diatas jalan yang dipenuhi bom….yang memang confirm kalau kita berjalan atasnya pasti akan mati!tapi tentera mesir masa tu sanggup buat semua itu demi ISLAM.aku pun tidak tahu adakah aku boleh lakukan seperti mereka….mungkin tidak.
Walaupun dengan serba kekurangan,berbekalkan keyakinan kepada janji Allah….dengan kalimah dan laungan ALLAHU AKBAR….tentera mesir memenangi peperangan ini dengan izin Allah.
Sekarang ada kawasan di mesir yang dinamakan ‘sittah oktober’iaitu enam oktober bertepatan dengan tarikh peperangan itu.6 oktober itu juga bersamaan dengan 10 ramadhan- bulan puasa semasa perang tersebut meletus.bayangkan….
Moga dapatlah kita ambil iktibar dari kisah peperangan Sinai ini.

Eh!tapi cerita pasal aku di markaz bahasa@tarbiyah tak habis lagi….teruskan membaca...

Ada satu perkara yang aku kagum pada ustaz ali ali as-shanawi,pentarbiyahan dia.setiap kali permulaan kelas dia akan beri tazkirah pada aku (kadang2 sampai 45 minit tazkirah dia).tapi setiap apa yang dia katakan amat telus dan bermakna.dia berkongsi hadis rasulullah s.a.w, dia membacakan pada aku ayat-ayat al-quran serta menerangkannya. kami sama2 berkongsi apa yang kami tahu sampaikan ada juga dia sentuh bab pembinaan keluarga dari perspektif islam!

Kalau nak tahu Ustaz ali ali as-shanawi ni suka masakan Malaysia.aku ada berikan dia senarai masakan yang aku tahu masak antaranya asam pedas dan kari.puas juga ustaz ali nak menyebutnya.

Ada sekali kami ada berkongsi koleksi hadis dalam kitab ad-dawawin saidina ali r.a,berkenaan hadis berkaitan kesihatan.sebab dia tahu aku pelajar perubatan.dan sesungguhnya apa yang aku dapati…memang benar kata-kata rasulullah s.a.w maknanya, kita tidak akan sesat jika berpegang pada dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah.kesemua hadis rasullullah s.a.w yang aku dan ustaz ali bincangkan semuanya bertepatan dengan fakta2 perubatan yang aku pelajari.ALLAHHU A’LAM.

Bertepatan dengan kedatangan bulan ramadhan pula,dia menceritakan akan kelebihan-kelebihan dan perkara yang mesti dikejar dalam bulan ramadhan.antaranya pembacaan al-quran.Suasana di Malaysia amat berbeza dalam bab ini.di Malaysia,kita hanya membaca al-quran bila ada orang meninggal,bila ada tadarus quran di masjid (itupun tak ramai yang sertai),nenek2 atau atok2 ada la….mana pergi semua anak muda?
Tetapi di sini,mesir,pembacaan al-quran amat meluas,sehinggakan semasa berdiri dalam bas pun mereka boleh lagi membaca al-quran,polis sambil rehat2 selepas rondaan sempat lagi baca al-quran,isteri menunggu suami membeli ubat di farmasi pun sempat lagi baca al-quran dalam kereta.
Perkara seperti ini mestilah kita contohi.insyaallah.
Lagi-lagi dalam ramadhan-( yang hampir meninggalkan kita ),setiap perkara kebaikan yang kita lakukan Allah akan gandakan.
ALLAHU A’LAM.

part 3 ada lagi..tunggu ye..tak habis lagi

9/12/09

Markaz bahasa @ tarbiyah (part 1)

Salam….
Bila cuti sahaja banyak perkara yang berlegar dalam kepala….nak buat inilah,nak buat itulah….
Last2 sedikit sahaja yang Berjaya. alhamdulillah…betullah ‘kita merancang Allah yang tentukan’.
Aku pun mendaftarkan diri ke kelas/markaz bahasa arab di sini.targetnya mahu dalami ilmu nahu.kawan baik aku-syahir,dia seorang yang pakar dalam bidang nahu cadangkan aku belajar kitab nahu al-jurumiah sebagai permulaan.
Alhamdulillah….dah seminggu kelas bahasa aku tamat.aku pilih untuk masuk kelas persendirian@dirasah khassah-maknanya aku sorang2 sahaja dalam satu kelas,sebabnya cuti aku tak lama,lagi satu supaya tumpuan sepenuhnya ustaz pada aku dalam kelas.kalau ustaz tu nak rotan aku pun senang.

Banyak yang aku perolehi daripada ustaz aku yang mesra alam ni,USTAZ ALI ALI AS-SHANAWI namanya.
Asal mansurah,mesir.sudah berkahwin,tidak suka duduk di kaherah-sebab kaherah serabut katanya.N.B:kaherah ni macam Bandar KL,banyak sangat kereta.

Bukan sekadar bahasa malahan sejarah pun ada dia ajarkan.contohnya sejarah mesir-dari kisah firaun sampailah kesan sejarah islam dia ceritakan.macammana dulu mesir yang pada satu ketika tiada pemerintah,serangan orang mongol,kisah perang salib,kisah peperangan dengan Israel di Sinai.


Hah!pasal kisah peperangan di Sinai.saje nak berkongsi.kisah ini antara tentera mesir menentang Israel.Masa ni mesir perdana menteri dia Jamal Abdul Nassir(meninggal)...diganti anwar sadat,masa ni tentera mesir tersangat dhaif dari segi alatan senjata.senjata yang mesir pakai masa tu kata ustaz ali,peluru boleh keluar dari belakang senapang!maknanya kalau tersilap boleh tertembak diri askar tu sendiri…

Israel seperti biasa ada supplier dia.senjata canggih.ada satu dokumentari ceritakan masa tu Israel ada kereta kebal paling digeruni-makevele namanya.negara2 arab pula masa tu diminta untuk supply minyak oleh amerika.ada sebahagian yang supplykan ada yang tidak….tetapi walaupun ada negara arab yang supply minyak,mereka supply hanya sebahagian sahaja,sebab….kebanyakan pemimpin arab masa tu baik dengan jamal abdul nassir-PM Mesir,jadi diorang supply juga minyak untuk elak konflik dengan amerika dan supply sebahagian sahaja dari jumlah minyak yang diminta oleh amerika,supaya sedikit sebanyak membantu mesir-maknanya amerika tetap kekurangan dari segi minyak. komen:ada la juga kesedaran antara mereka-orang arab.

Oleh kerana orang mesir serba kekurangan,mereka menggunakan strategi psychology.macam mana?
Macam ni….mereka melakukan senaman perang berdekatan dengan kubu Israel,orang Israel pula ingatkan tentera mesir nak menyerang!jadi tentera Israel ni pun bersiap sedialah nak berperang.masa ni tahap tumpuan tentera Israel berkobar2.tapi apa tentera mesir buat….diorang berundur.esoknya,tentera mesir buat perkara yang sama,senaman perang berdekatan kubu Israel..israel seperti biasa….bersedia untuk berperang.tentera mesir berundur…kali ke-3,ke-4,ke-5..tentera mesir buat perkara yang sama,sehinggalah tentera Israel tak berapa endahkan lagi….
Jadi kali ke-6(kalau tak silap),mesir ulang lagi….mereka tengok Israel tidak berapa bersedia….mereka mulakan serangan!Mula2 mesir menghantar pasukan tentera udara bomkan kawasan kubu….pasukan ini kalau nak tahu, diketuai oleh Husni Mubarak!Perdana Menteri Mesir sekarang..

Dengan laungan ALLAHUAKBAR!!mereka ‘mencari’ syahid di sisi ALLAH.
Ada satu kisah lagi dalam peperangan ni kalau kita dengar….meremang bulu….
Sambung part 2 kot..panjang sangat nanti….ALLAHU A’LAM.