Pages

6/26/13

Malu tayang muka, orang tak layan.

" Malu bertanya sesat jalan." biasa dengar tak ungkapan ni ?
Ungkapan sebegini selalunya lahir dari pengalaman serta hikmah kebijaksanaan ' orang tua ' kita. Kebanyakan dari ungkapan mereka pun selalunya mempunyai nilai ketimuran ataupun dengan kata lain mempunyai nilai akhlak islami yang cuba diterapkan oleh golongan terdahulu kepada generasi mendatang. Ini merupakan hasil atau kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.



" Malu tayang muka, orang tak layan "
Ok. Ungkapan ni aku buat sendiri . Mungkin applicable untuk diriku sahaja tidak untuk orang lain mahupun disalah ertikan oleh mana-mana pihak, apatah lagi menyalahi dari hukum syara' .

Kenapa ungkapan ini lahir ?
Aku merupakan the only Malaysian student dalam batch aku. Yang lain kawan-kawan arab dari Mesir, ada juga seorang dari Palestine.

Sebelum masuk OT - Depan bilik para Doctor dan Anesthethist
 Menjadi umpama " itik di reban ayam " ( sesuai ke ungkapan ni? he ) menjadikan aku pernah menitiskan air mata ketika di tahun ta'hiliyah ( tahun persediaan sebelum ke tahun satu medical ). Persediaan yang mengambil masa setahun ini mendedahkan aku secara total 10 subjek yang semuanya adalah subjek agama dalam bahasa Arab.

Untuk naik ke tahun satu medical, wajib lulus kesemua subjek. Sekiranya gagal dalam mana-mana subjek, akan diberikan ujian ulangan . Sekiranya selepas ujian ulangan masih gagal walaupun satu subjek, akan dikira gagal bagi kesemua subjek ! Maka akan mengulanglah untuk belajar kembali kesemua 10 subjek untuk satu tahun lagi. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki padaku untuk lulus kesemua subjek dengan pangkat Jayyid tanpa menghadapi apa-apa peperiksaan ulangan.

Cabaran paling besar adalah memahami kelas dan teks buku-buku rujukan ini yang dikarang oleh para pensyarah Universiti Al-Azhar itu sendiri. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk belajar face to face dengan penulis kitab itu sendiri dalam kesemua subjek,. Bukan sekadar face to face, berlaga lutut dengan syeikh, kena tarik telinga sebab jawapan salah dan banyak lagi. :)

Ketika tahun persediaan ini juga, aku merupakan the only student yang diajar di dalam kelas oleh para pensyarah hampir setengah tahun. Ini kerana, tahun persediaan ini disediakan oleh Al-Azhar untuk pelajar wafidiin ( asing ) sahaja. Setengah tahun sebelum tamat tahun persediaan ni , barulah ada sorang geng dimasukkan sekali bersama itupun dia berasal dari Emirates UAE.

Kemudian naik ke tahun-tahun seterusnya mempunyai cabaran dan keistimewaannya yang tersendiri.
Antaranya seperti ungkapan di atas, " Malu tayang muka, orang tak layan ". Ini yang biasa berlaku ketika di dalam kelas mahupun ketika praktikal sampailah sekarang.


Bahasa yang tidak sefasih kawan-kawan arab yang lain, badan yang kecil jika dibandingkan dengan orang Arab yang besar dan gempal ( tapi ada juga yang kecik2..he ), muka yang tidak seberapa ( baik ada orang nak kahwin dengan aku :) Alhamdulillah ) adalah antara faktor yang boleh menjadikan aku terkebelakang dari sahabat-sahabat yang lain.

Aku pernah berdiri atas kerusi time dalam kelas Anatomy masa tahun satu dulu ! Sebab kena berebut dengan kawan arab yang lain yang ' mengerumuni ' mayat time kelas praktikal. Oleh kerana mereka lebih pantas bergerak, lebih besar badannya, aku perlukan kerusi untuk meninjau mayat tersebut dari pandangan atas....he

Takkan tiap-tiap kelas anatomy kena berdiri atas kerusi kan.... Jadi pernah juga bila sampai je time untuk melihat mayat, aku akan bergegas ke tempat yang disediakan, merapatkan badan aku hingga ke barisan paling hadapan. Pernah beberapa kali berjaya dan pernah juga aku dah berada paling depan, tapi sikit demi sikit aku ' ditolak ' sehinggalah aku menjadi orang paling belakang... haha.


Alhamdulillah, kini aku berada di tahun akhir. Ungkapan yang sama masih applicable untuk aku. Aku perlu menjadi lebih ' agresif ' berbanding sahabat-sahabat Arabku yang lain. Jangan malu untuk tayang muka, nanti orang tak layan.

p/s :
1. Sebagai penuntut ilmu memerlukan mujahadah ( kesungguhan ) dalam untuk memahami apa yang dipelajari.

2. Cabaran-cabaran yang berlaku akan membentuk diri kita yang akan datang.

3. Tidak perlu kerek jadi medical student. Kita dapat belajar dan faham apa yang dipelajari sebab itu nikmat dari Allah. Kalau Allah tarik nikmat tu macam mana? 

3. Moga Allah permudahkan jalan bagi kita menuntut ilmu dan dikurniakan kejayaan di dunia mahupun akhirat. 

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w: mafhumnya ;
( Riwayat Muslim )

.... Barangsiapa yang menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada syurga....






1 comment:

  1. Alhamdulillah..perkongsian yg bermanfaat..maka untuk mendptkn sesuatu yg baik..jgn malu untk tonjolkan diri.. hehe. Biar kecil namun berjiwa besar... :)

    ReplyDelete