Salam buat semua yang sudi membaca tulisan-tulisan/artikel-artikel yang saya lampirkan dalam blog saya ini yang tidak sampai lagi 4 bulan.Kalau kanak-kanak yang berusia 4 bulan,normal atau selalunya atau boleh saya katakan sudah sepatutnya mampu untuk menampung kepalanya sendiri,tidak perlu lagi si ibu memegang kepalanya sewaktu mengendong bayi tersebut.Saintifiknya,otot-otot leher serta tulang leher si bayi sudah berkembang sekadarnya agar si bayi mampu menampung atau menegakkan kepalanya sendiri untuk melihat apa yang berada di sekelilingnya.Menarik bukan!
Harapnya,saya juga begitu,sesudah hampir 4 bulan blog ini dijalankan,moga2 sudah mampu melihat perkembangan di sekelilingnya.
Dulu saya pernah mengikuti ucapan oleh Prof.Dr Jamilah,Pengasas Mercy Malaysia yang mana persatuan professional ini telah berkhidmat secara non-profit kepada hampir 15 negara di seluruh dunia.Begitu juga dalam kes tergempar mengenai serangan puak Yahudi ke atas Gaza,Palestin.
Dalam ucapan beliau,bermulanya Mercy Malaysia ini adalah kerana beliau terfikir apakah yang mampu beliau lakukan untuk orang lain?
Dan akhirnya berkat pertolongan Allah beserta sokongan suami dan anak-anak ,beliau Berjaya menubuhkan Mercy Malaysia dan kali pertama berkhidmat sewaktu peperangan di Kosovo.
Fikiran aku ternyata tersentak,jantung berdegup kencang lantas hatiku berbisik”Apa pula yang dapat aku lakukan untuk orang lain?”.
Tetapi ternyata Doktor Jamilah seolah-olah faham dan mengerti akan kebingungan aku.Beliau berkata”Tidak kiralah sesiapa pun,mereka tetap boleh membantu orang lain walaupun bantuan itu dianggap kecil”.
Tidak semena-mena aku bercakap dalam hatiku”Ya!Aku perlu menjadi seorang yang berguna”.
Allah ada menyebut dalam kitabnya,surah Al-Baqarah,ayat 177:
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
Dalam ayat ini sudah jelas kepada kita akan pentingnya kita menjadi ‘yang berguna’ .
Samalah dalam kehidupan seharian kita dimana setiap orang berguna untuk orang lain.Janganlah terlintas di hati kita mengatakan bahawa kita ini tidak berguna.Salah!Salah sama sekali!.Cuba lihat di sekeliling kita,ada orang menjadi tukang sapu sampah,ada orang menjadi pekerja kilang,ada yang menjadi pelajar cemerlang sehinggalah ada yang menjadi Perdana Menteri sesebuah Negara.Tidakkah kita terfikir?!Bahawa setiap dari kita ada role atau kegunaan kita masing-masing?!
Begitu juga seorang anak perlulah menjadi anak yang berguna,seorang pekerja perlulah menjadi pekerja yang berguna,seorang ibu atau bapa perlulah menjadi ibu atau bapa yang berguna dan seorang Hamba Allah perlulah menjadi HambaNya yang berguna.
Oleh itu saya bertekad motto hidup saya ialah,
“Jadilah yang berguna”.
No comments:
Post a Comment