Pages

6/26/13

Malu tayang muka, orang tak layan.

" Malu bertanya sesat jalan." biasa dengar tak ungkapan ni ?
Ungkapan sebegini selalunya lahir dari pengalaman serta hikmah kebijaksanaan ' orang tua ' kita. Kebanyakan dari ungkapan mereka pun selalunya mempunyai nilai ketimuran ataupun dengan kata lain mempunyai nilai akhlak islami yang cuba diterapkan oleh golongan terdahulu kepada generasi mendatang. Ini merupakan hasil atau kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.



" Malu tayang muka, orang tak layan "
Ok. Ungkapan ni aku buat sendiri . Mungkin applicable untuk diriku sahaja tidak untuk orang lain mahupun disalah ertikan oleh mana-mana pihak, apatah lagi menyalahi dari hukum syara' .

Kenapa ungkapan ini lahir ?
Aku merupakan the only Malaysian student dalam batch aku. Yang lain kawan-kawan arab dari Mesir, ada juga seorang dari Palestine.

Sebelum masuk OT - Depan bilik para Doctor dan Anesthethist
 Menjadi umpama " itik di reban ayam " ( sesuai ke ungkapan ni? he ) menjadikan aku pernah menitiskan air mata ketika di tahun ta'hiliyah ( tahun persediaan sebelum ke tahun satu medical ). Persediaan yang mengambil masa setahun ini mendedahkan aku secara total 10 subjek yang semuanya adalah subjek agama dalam bahasa Arab.

Untuk naik ke tahun satu medical, wajib lulus kesemua subjek. Sekiranya gagal dalam mana-mana subjek, akan diberikan ujian ulangan . Sekiranya selepas ujian ulangan masih gagal walaupun satu subjek, akan dikira gagal bagi kesemua subjek ! Maka akan mengulanglah untuk belajar kembali kesemua 10 subjek untuk satu tahun lagi. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki padaku untuk lulus kesemua subjek dengan pangkat Jayyid tanpa menghadapi apa-apa peperiksaan ulangan.

Cabaran paling besar adalah memahami kelas dan teks buku-buku rujukan ini yang dikarang oleh para pensyarah Universiti Al-Azhar itu sendiri. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk belajar face to face dengan penulis kitab itu sendiri dalam kesemua subjek,. Bukan sekadar face to face, berlaga lutut dengan syeikh, kena tarik telinga sebab jawapan salah dan banyak lagi. :)

Ketika tahun persediaan ini juga, aku merupakan the only student yang diajar di dalam kelas oleh para pensyarah hampir setengah tahun. Ini kerana, tahun persediaan ini disediakan oleh Al-Azhar untuk pelajar wafidiin ( asing ) sahaja. Setengah tahun sebelum tamat tahun persediaan ni , barulah ada sorang geng dimasukkan sekali bersama itupun dia berasal dari Emirates UAE.

Kemudian naik ke tahun-tahun seterusnya mempunyai cabaran dan keistimewaannya yang tersendiri.
Antaranya seperti ungkapan di atas, " Malu tayang muka, orang tak layan ". Ini yang biasa berlaku ketika di dalam kelas mahupun ketika praktikal sampailah sekarang.


Bahasa yang tidak sefasih kawan-kawan arab yang lain, badan yang kecil jika dibandingkan dengan orang Arab yang besar dan gempal ( tapi ada juga yang kecik2..he ), muka yang tidak seberapa ( baik ada orang nak kahwin dengan aku :) Alhamdulillah ) adalah antara faktor yang boleh menjadikan aku terkebelakang dari sahabat-sahabat yang lain.

Aku pernah berdiri atas kerusi time dalam kelas Anatomy masa tahun satu dulu ! Sebab kena berebut dengan kawan arab yang lain yang ' mengerumuni ' mayat time kelas praktikal. Oleh kerana mereka lebih pantas bergerak, lebih besar badannya, aku perlukan kerusi untuk meninjau mayat tersebut dari pandangan atas....he

Takkan tiap-tiap kelas anatomy kena berdiri atas kerusi kan.... Jadi pernah juga bila sampai je time untuk melihat mayat, aku akan bergegas ke tempat yang disediakan, merapatkan badan aku hingga ke barisan paling hadapan. Pernah beberapa kali berjaya dan pernah juga aku dah berada paling depan, tapi sikit demi sikit aku ' ditolak ' sehinggalah aku menjadi orang paling belakang... haha.


Alhamdulillah, kini aku berada di tahun akhir. Ungkapan yang sama masih applicable untuk aku. Aku perlu menjadi lebih ' agresif ' berbanding sahabat-sahabat Arabku yang lain. Jangan malu untuk tayang muka, nanti orang tak layan.

p/s :
1. Sebagai penuntut ilmu memerlukan mujahadah ( kesungguhan ) dalam untuk memahami apa yang dipelajari.

2. Cabaran-cabaran yang berlaku akan membentuk diri kita yang akan datang.

3. Tidak perlu kerek jadi medical student. Kita dapat belajar dan faham apa yang dipelajari sebab itu nikmat dari Allah. Kalau Allah tarik nikmat tu macam mana? 

3. Moga Allah permudahkan jalan bagi kita menuntut ilmu dan dikurniakan kejayaan di dunia mahupun akhirat. 

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w: mafhumnya ;
( Riwayat Muslim )

.... Barangsiapa yang menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada syurga....






6/22/13

Dunia yang sama, Situasi berbeza

Hampir 7-8 orang ibu-ibu yang bakal dijadualkan untuk melahirkan bayi mereka hari ini. Setakat maklumat yang diberitahu padaku, kesemuanya bakal melahirkan melalui kaedah Caesarian Birth ( C-section ).

Kaedah C-section ini tidak akan dijalankan melainkan ada sebab-sebab yang menghalang  untuk para ibu melahir secara normal vaginal delivery. Commonly any causes of obstructed labour ( detailnya boleh la kot tanya mana-mana medical students atau consult para doktor anda atau mungkin lain kali saya cerita. :) )

Sebelum tu, dah tengok normal vaginal delivery kat tingkat dua Hospital dengan kawan karib Mesir aku, Mahmoud Nadi namanya. Bergetar hati tengok orang bersalin ni. ( Moga Allah berkati dan limpahkan kesihatan dan kekuatan buat ibuku, ibu mertuaku dan isteri ku ).

Ok.Kembali ke Operation Room.
[ Situasi pertama ]

Aku terlepas satu pembedahan melibatkan seorang ibu melahirkan bayi pramatang. Saiz tubuh badan yang kecil serta berat badan yang aku pasti kurang dari normal ( Low Birth Weight ) adalah antara tanda-tanda mudah untuk dikenal pasti. Bukan itu sahaja, bayi tersebut terpaksa dibantu pernafasannya. Biasanya bayi pra-matang, perkara yang kita risau adalah perkembangan peparunya yang turut kurang matang, jadi di sebelahnya seorang HO sedang tekun membantu bayi tesebut bernafas menggunakan ambu bag, bergilir-gilir dengan seorang lagi HO di situ.Aku lihat masing-masing kepenatan....

Premature baby ( < 37 weeks ) - Bukan gambar sebenar

Aku merapati doktor tersebut ... " Ya duktur ! Mumkin ana bisaidak ? (  Doktor, perlukan bantuan ke ? ) " tanyaku dengan lahjah ammi Mesir , niat ingin membantu. " Aiwah... ( Ya ) " balas Doktor tu. Maka aku pun membantu mengambil alih tempat Doktor tersebut, mereka kelihatan lega dapat berehat sebentar. Kata Doktor " Sekarang NICU dah penuh, tiada mechanical ventilation yang available untuk bayi ni, itu sebab terpaksa bantu juga dengan ambu bag sahaja ". Sedih aku dibuatnya... Moga Allah permudahkan hayatmu wahai adik, selagi mampu kami tak akan biarkan kau, kami akan tetap berusaha! Selebihnya terserah kepada kuasa Allah yang maha Esa.

[ Situasi kedua ]

Di samping tanganku mengepam udara kepada bayi tadi, aku menjeling ke incubator sebelah kiriku.... ku lihat seorang lagi bayi yang agak kecil badannya kelihatan sedang tidur sambil mata kadang-kadang terbuka kemudian ditutup semula. Comel... Tiada sebarang masalah yang dapat aku kesan pada bayi itu secara general observation melainkan mataku mengesan saiz kepalanya yang  besar jika dibandingkan dengan saiz badannya. " Macrocephaly most probably hydrocephalus " detik hatiku. Macrocephaly ialah saiz lilit kepala yang lebih besar dari normalnya , manakala hydrocephalus common cause of macrocephalus di samping ada sebab-sebab yang lain.

Kalau lihat pada warna kulit , kadar pernafasan turut naiknya dadanya menunjukkan vital signs dalam keadaan normal, maka mungkin doktor biarkan dahulu bayi tersebut sebentar di dalam incubator menantikan tindakan selanjutnya buat bayi itu.Fikiranku berputar berkaitan hydrocephalus dan apgar score ( kiraan untuk mengetahui keadaan setiap bayi yang baru lahir yang menentukan prognosis dan management yang bakal dilakukan ). Mana satu ibunya aku tidak pasti, sekarang ada dua operations sedang berjalan pada waktu yang sama ketika itu.
Moga Allah kuatkan semangat buatmu dan ibumu wahai bayi....perjalanan hidupmu mungkin sukar dan banyak cabaran yang bakal engkau tempuhi. Moga diberi ganjaran buatmu oleh Allah terhadap ujian yang diberikan ini.
Khusyuk baby tu tidur tanpa menghiraukan aku dan yang lain-lain...he :)

[ Situasi ketiga ]

Sekarang giliran untuk lihat operation pula.... tempatku diganti semula oleh doktor tadi. Aku bingkas bangun ke bilik bersebelahan. Di situ ku lihat seorang ibu sedang dalam persediaan untuk dibius oleh anesthetist. Aku merapatkan diri mengendeng ke doktor tersebut ingin melihat apa yang sedang beliau lakukan.
" assalamualaikum, kaifa halak ? enta malizi ? " ( salam, kamu apa khabar? orang malaysia ke ? ) tegur doktor tu sebelum sempat aku menegurnya dahulu. " waalaikumussalam, alhamdulillah kuwayyis, na'am ana malizi " ( waalaikumussalam, alhamdulillah ok, ye saya orang Malaysia )....

" Aku selalu nampak kau, baguslah kau rajin datang untuk belajar " kata doktor bius tu. Rupa-rupanya aku sudah lama diperhatikan oleh doktor tu selama ni, selalu juga aku nampak beliau tiap kali ada pembedahan tapi segan nak bertegur sapa takut menggangu pula. " Alhamdulilllah , doktor-doktor kat sini semuanya tak sombong ".... detik hatiku.

Ibu tadi sudah siap dibius satu badan ( general anesthesia ) dan dibiarkan tidur. Doktor bedah sudah siap di sisi katil dengan dibantu seorang nurse untuk memulakan pembedahan. Sambil pembedahan berlangsung, doktor bedah sudi menerangkan kepadaku satu persatu apa yang sedang beliau lakukan. Start dari skin incision sehingga uterus ( rahim ) sudah dapat dilihat, doktor terangkan satu persatu. Aku gembira...

Sekarang doktor mula membedah bahagian uterus, amniotic fluid memancut keluar ! ( air ketuban orang melayu panggil kalau tak silap ) - nasib dapat mengelak dari terkena bajuku. Nurse dengan segera membuat suction pada fluid tersebut. Bayi dikeluarkan dari rahim secepat mungkin oleh doktor, diusapnya hidung dan mulut bayi untuk membantu bayi bernafas.Sambil tu ku lihat nurse dengan segera memotong umbilical cord ( tali pusat ) bayi tersebut. Diterbalikkan kedudukan bayi tu kepala menghala ke bawah bagi membantu mengeluarkan cecair yang ada untuk membantu pernafasan tetapi tetap tiada kesan. Bayi tu tetap diam membisu tiada suara kedengaran.

Seorang doktor lain yang turut ada bersama dengan segera mengambil bayi tersebut dan di bawa ke bilik sebelah. Aku dengan segera  mengekori doktor tu ke bilik sebelah. " Mungkin dapat bantu apa-apa jika diizinkan " detik hatiku.
Doktor membuat segala manouver ( kaedah ) yang pernah diajar secara teori di dalam kelas untuk membantu bayi yang tidak bernafas sebaik sahaja dilahirkan.Suction sudah dibuat, digosok-gosok belakang bayi juga sudah dibuat tapi tetap tidak berkesan. Bersungguh-sungguh doktor tu untuk supaya bayi itu mengeluarkan suara keramat dari mulutnya tetapi tetap gagal,di ambilnya ambu bag bersebelahan untuk resuscitate bayi tersebut. Ditekan-tekannya pam tersebut. Aku hanya mampu melihat disebelahnya tiada yang boleh aku bantu setakat ini. Aku berdoa " Ya Allah bantulah kami, Ya Allah ! ".

Akhirnya, setelah hampir 1 minit suara keramat mula terpacul kedengaran keluar dari mulut kecil bayi tersebut. Sebaik sahaja mendengar suaranya, serentak kami berdua mengucapkan " Alhamdulillah ! ". Hatiku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Hatiku takut sekiranya bayi tersebut tidak dapat diselamatkan, tapi benarlah yang kita hanya mampu berusaha, Allah penentu segalanya. Allah berikan izinnya buat bayi tersebut untuk hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Moga Allah lindungi dan jadikannya hamba Nya yang solehah. ( Mataku melirik untuk mengenal pasti jantinanya. Bayi perempuan.. :).... Badan bayi mula bertukar kemerah-merahan, pergerakannya mula aktif, pernafasannya masih dibantu dengan nasal prong. Alhamdulillah. aku kembali ke bilik operation di mana ibunya berada. Laporan diberikan kepada doktor bedah mengatakan yang bayi dalam keadaan stabil. Sudah hampir siap pembedahan tersebut dengan doktor sedang sibuk membuat jahitan pada lapisan-lapisan terakhir sebelum kulit. Bersyukur pembedahan pun tamat dengan ibu dan bayi berjaya diselamatkan dengan izin Allah.

Aku kembali mengendeng ke doktor bius untuk melihat post-operative management yang dilakukan oleh beliau. Tekun doktor tu buat kerja. Tanpa menyoal apa-apa soalan, aku sekadar melihat sahaja takut menganggu. :)

Jam pun sudah melebihi jam 4 petang. Perutku sudah lapar, terbayang masakan isteri di rumah. Aku meminta izin untuk pulang ke rumah dari para doktor. Sempat berbual dengan doktor bius sedikit tips dan perkongsian dari beliau. Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari hari ini walaupun sebenarnya ada lagi beberapa case @ situasi yang ada yang mungkin akan aku ceritakan lain kali, InsyaAllah. Moga Allah kuatkan kita dan permudahkan kita untuk menuntut ilmunya, InsyaAllah.

Menanti hari esok, untuk ilmu yang baru. InsyaAllah.

p/s : Kita ni tiada-tiada apa kuasa dan kekuatan melainkan jika diizinkan oleh Allah s.w.t. Kita lahir dalam keadaan yang berbeza tapi dari sumber yang sama ( air mani + ovum ), jadi mengapa masih ada yang mendabik dada mengatakan dirinya lebih mulia dari yang lainnya?
Mengapa ada yang sanggup membunuh orang lain tanpa sebab-sebab yang diizinkn oleh syara' ?
Sedarlah, yang membezakan kita dengan orang lain hanyalah dengan IMAN dan TAKWA kita kepada Allah.

Human development ( disebut di dalam Al-quran 1400 tahun yang lalu dengan detail )

Allah ada menyebut di dalam Al-Quran :
" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati ( berasal ) dari tanah " (12)

" Kemudian kami jadikan saripati itu air mani ( yg disimpan ) dalam tempat yang kukuh ( rahim ) " (13)

" Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging, Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang ( berbentuk ) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik " (14)

 " Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati " (15)

" Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan ( dari kuburmu )di hari kamat " ( 16 )

[ Surah Al-mukminun , ayat 12-16 ]











7/11/11

1 2 3 4

Salam....
Macam-macam perasaan timbul kalau dok layan lagu ni..Tapi banyak manfaat dan nasihat ada dlm lagu ini.Jom layan!

Lagu : 1234
Oleh : Aris Ariwatan

Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi DIA yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih


Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai....kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai...kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara.

N.B:
1. Katakanlah(Muhammad)," Dialah Allah,Yang Maha Esa " ( Surah Al-Ikhlas )



2. " Dan kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Dan jika kedua-duanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu,maka janganlah engaku patuhi keduanya.Hanya kepadaKu tempat kembalimu dan akan Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan " (Al-Ankabut : ayat 8)



3." Nikahilah perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, Pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung ". ( Hadis riwayat Muslim )



4. Hidup ini hanyalah sementara.



p/s : Moga semua dapat manfaat.I'allah.

11/23/10

Bila diri disayangi.

KUMP:UK's
LAgu :Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Komen:

Walaupun lagu ini bukan dialunkan oleh kumpulan nasyid,ia tetap mempunyai unsur-unsur nasihat dan ketuhanan ke atas Allah yang satu.

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ (4)

Maksudnya:
1.Katakanlah(Muhammad),"Dialah Allah,Yang Maha Esa
2.Allah tempat meminta segala sesuatu
3.(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
4.dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia".

(Surah Al-Ikhlas 1-4)

Benarlah yang kita semua tidak akan jemu menyebut namaNYA tidak kira bagaimana sekalipun situasi dan keadaan kita.Ingat Allah ketika kita berdiri,duduk dan walaupun ketika berbaring i.e dalam setiap keadaan....

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً

Maksudnya:
....ingatlah Allah ketika kamu berdiri,pada waktu duduk dan ketika berbaring....

(Surah An-Nisa 4 :103)

dan ingatlah Allah sebanyak2nya..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

Maksudnya:
Wahai orang2 yang beriman!Ingatlah kepada Allah,dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya.

(Surah Al-Ahzab 33:41)

dan sebutlah dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani pada setiap permulaan apa yang kita kerjakan.Mudah2an dengan ingatnya kita padaNYa mengelakkan kita melakukan dosa dalam pekerjaan kita itu.



dan mohonlah ampun atas kesilapan yang telah kita lakukan.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang berada di dalam hati kita....ucaplah Ampunkan aku Ya Allah.
Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan dan taubat dari hambanya walaupun kita seringkali terlupa padaNYa,Allah s.w.t tetap menerima hamba yang kembali padaNYa.

Izinkanlah aku menumpang di bawah naungan kasih dan sayangMU Ya Allah....


p/s :Mungkin anda akan jumpa pemesongan dalam maksud sebenar penyampaian lagu ni yang lebih kepada kasih sayang kepada manusia semata2 (antara lelaki dan wanita) tapi sedarlah kasih sayang serta ketaatan kepada Allah dan RasulnYa Muhammad adalah lebih besar dari itu.

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

Maksudnya :
dan barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya,mereka itulah org2 yang mendapat kemenangan.

(Surah An-Nuur:52)

moga Allah merahmati ahli kumpulan ini yang telah cuba menyampaikan dakwah Islam mengikut kemampuan mereka.

"Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran beliau hendaklah mengubahnya dengan tangan,sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan lidahnya,sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan hatinya dan yang demikian itu adalah iman yang paling lemah."
(Hadis riwayat Muslim daripada Abu Said al-Khudri)

7/15/10

La tansa syukrulilah....

Tidakkah kau melihat sekeliling kamu akan apa yg Allah ciptakan?

Apa tujuannya?
Tidakkah kita berfikir?

Tidakkah kau bersyukur melihat seorang nenek yg miskin meminta sedekah untuk sesuap nasi sedangkan kau cukup makannya?



Tidakkah kau bersyukur melihat pakcik tua yang hilang sebelah kakinya,menanti orang membantunya untuk bangun setelah jatuh sedangkan kau masih boleh berlari-lari dan berjalan ke mana sahaja?

Tidakkah kau bersyukur melihat seorang ibu bersama anak-anaknya hanya tidur di kaki lima beralaskan kotak sedangkan kau nyenyak tidur di atas katil yang empuk?

Tidakkah kau bersyukur melihat orang buta berjalan,orang bisu cuba untuk ber'cakap',orang pekak cuba untuk men'dengar' sedangkan kau cukup sifatnya masih lagi melihat,bercakap dan mendengar?



Janganlah lupa untuk bersyukur kepada Allah.
Mudah sahaja....ucaplah "ALHAMDULILLAH"
dan laksanakanlah perintahNYA dan jauhilah laranganNYA.

La tansa syukrulillah....

^_^ Alhamdulillah

6/27/10

My heart is loving you....

My heart is loving you....
My heart is just for you....
knowing you....
Allah i will try to get close to you....

let us find the way....
to know our God....
feel the tortures of Hellfire....
think of pleasures of Paradise....
find the way to get Allah's love....

petikan lirik dari:
KUMP : Raihan
ALBUM : Puji-pujian
LAGU : Rayuan rindu



Komen:
Saje je nak kongsi....sebab lagu-lagu nasyid Raihan ni banyak menyentuh jiwa-jiwa yang menghayatinya.

Nak dengar lagu penuh boleh je search kat youtube tu.
Sama-sama kita hayati.

6/25/10

Tidak perlulah terlalu ego.

Tidak perlulah terlalu ego...


Terkadang wujud disekeliling kita golongan yang terlalu ego sehinggakan tidak sanggup untuk admit kesalahan yang telah dilakukan....

walaupun kesalahan yg dilakukan itu memang jelas terbukti akan kesalahannya terutamanya dari segi agama @ syariat....

janganlah ego yang disandarkan atas hawa nafsu dan akal yang pendek itu menjadi pegangan dalam setiap tindakan kita....

kerana ego yg sebeginilah....walaupun telah datang pada mereka (misalnya kaum jahiliyyah di zaman nabi Muhammad,kaum 'Ad di zaman nabi Hud,Firaun di zaman nabi Musa)
bukti2 kebenaran serta petunjuk yang benar dari Allah melalui nabi dan rasulnya....
mereka tetap menentang kebenaran tersebut walaupun sedar akan kesalahan mereka....

dan kerana ego itu jugalah....mereka diseksa dgn azab yg perit (misalnya kaum Nuh ditenggelamkan dgn banjir yg besar,kaum Firaun yg ditenggelamkan di laut merah,kampung kaum Lut yg diterbalikkan)....bagaimana pula dgn azab di akhirat?
sudah tentu terlebih lagi dahsyatnya....

tidak salah untuk mengaku akan kesilapan kita di hadapan orang....
apatah lagi jika kesilapan dan dosa kita terhadap Allah....


janganlah kerana 'tinggi'nya taraf kita berbanding orang lain, mem'buta'kan hati kita dari mengaku kesilapan lantas terus hanyut dalam kesalahan dan dosa tersebut....(sedangkan taraf manusia adalah sama sahaja,yang membezakan hanyalah iman dan takwa kita kepada Allah).

mohonlah maaf jika tersilap "maafkan saya"....
mohonlah keampunan daripada Allah akan kesilapan kita "ampunkan aku Ya Allah"



sujud dan tawadhuklah padaNya....sesungguhnya Allah maha Pengampun dan Maha tinggi Rahmatnya....
buangkanlah ego yg tidak bertempat itu....

5/3/10

Otaknya di LUTUT ?!

Seorg mat rempit accident dan cedera di kepala..dia dibawa ke hospital utk rawatan..kemudian doktor pun berkata :
oh...naseb baik cederanya di kepala..kalau cedera di lutut...Meninggal!!!
Sebab otaknya di LUTUT..hahaha‎



Saje je nak berkongsi pasal bende nih.
Jadi apa kebaikan yg boleh ambil dari cerita pendek ni?
Gunakanlah otak@akal tu pada tempatnya.yakni fikirlah baik dan buruk apa yang kita lakukan.
yang paling penting adakah amalan yg kita lakukan itu,bertepatan atau tidak dengan syara'.
Sekali lagi nak ditegaskan fikrah Antara kehendak dan Syariat.
Ingatlah yg Islam bukanlah sekadar ibadah sahaja seperti solat dan berpuasa..malahan ia lebih dari itu..kenapa?
kerana islam adalah hidup kita sendiri .setiap amalan serta pekerjaan mestilah berlandaskan syariat@islam itu sendiri.

Macam mana nak tahu setiap apa yg kita lakukan itu bertepatan dgn ajaran islam@syariat?
Mungkin xsemua mampu utk bertalaqqi,belajar dalam bidang agama....
tapi kita boleh dengan:

1) Bertanya pada yg alim
2) Mendekati para ulama' atau ustaz yg alim berkenaan agama.
3) Membaca buku2 asas tentang islam.
4) Mengikuti kelas2 agama di surau2 atau di mana shj yg buat kelas agama spt balairaya.

ermm...apa lagi



5) Pandai memilih kawan.
6) memilih pasangan hidup yg mampu membimbing
7) Berchatting,ber'facebook',email dengan pakar agama.
8) Menonton rancangan2 atau filem2 yg menggambarkan tentang islam sebenar.

erm...byklah..jd tidak ada la alasan utk kata "saya xtahu pula yg bende ni dilarang oleh islam"....



Kalau kita lakukan perkara yg dilarang kerana kita benar2 jahil@tidak tahu itu dimaafkan oleh syara'....tetapi jika ia sudah 'terang lagikan bersuluh' memang dilarang....dan kita tahu perkara itu dilarang (sbg cth: minum arak,berjudi,bercakap bohong,mengambil harta anak yatim etc)....dan kita tetap melakukannya juga....maka tunggulah balasannya dari Allah.Allah sahajalah yg paling adil pengadilannya dan Allahlah lagi maha mengetahui akan hati hambanya.

wallahua'lam

5/1/10

Bersiap siagalah kamu !

Hillary pertahan Israel.

WASHINGTON -Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin memberi amaran kepada Iran dan Syria bahawa komitmen Washington terhadap keselamatan Israel tidak pernah berubah.

Washington turut menggesa negara-negara Arab supaya melakukan lebih banyak usaha untuk menyokong proses damai Palestin-Israel.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, tindakan Syria menghantar senjata sofistikated termasuk peluru berpandu kepada kumpulan pejuang di selatan Lebanon dan Gaza mampu mencetuskan konflik baru di Timur Tengah.

Menurutnya, program uranium Iran yang dipercayai dibangunkan untuk menghasilkan senjata nuklear turut menjadi ancaman kepada kestabilan di rantau tersebut.

“Ancaman terhadap keselamatan Israel adalah benar-benar berlaku,” katanya.

Kenyataan Hillary kepada Jawatankuasa Yahudi Amerika (AJC) itu adalah antara usaha terbaru AS untuk memberi jaminan kepada Israel bahawa hubungan Washington-Tel Aviv kekal kukuh.

Hillary berkata, Israel kini sedang menghadapi cabaran sukar sepanjang sejarahnya, terutama dari Iran, Syria dan kumpulan yang disokong mereka seperti Hizbollah di Lebanon dan Hamas di Genting Gaza.

“Tindakan menghantar senjata kepada pengganas-pengganas itu, terutama peluru berpandu jarak jauh akan menjadi ancaman serius kepada keselamatan Israel,” katanya.

sumber : sinar harian


komen:
1:
komitmen Washington terhadap keselamatan Israel tidak pernah berubah.
-itu kami(satu dunia especially muslim) dah tahu.

2 :
proses damai Palestin-Israel.

berapa banyak perjanjian damai nak buat?tapi rasanya hampir semua perjanjian dia (israel) langgar.erm...

3 :
konflik baru di Timur Tengah.

program uranium Iran yang dipercayai dibangunkan untuk menghasilkan senjata nuklear turut menjadi ancaman kepada kestabilan di rantau tersebut.


read 'Timur tengah' and 'rantau' itu as Israel..

4 :
“Ancaman terhadap keselamatan Israel adalah benar-benar berlaku,” katanya.

Israel kini sedang menghadapi cabaran sukar sepanjang sejarahnya

menjadi ancaman serius kepada keselamatan Israel


kami(muslim) sedang bersiap sedia untuk menentang kamu(israel)....nantikanlah kebangkitan kami.

Untuk muslim sekalian,bersiap siagalah kamu untuk ber'jihad' demi Allah.

4/12/10

'Murah' tidak bermakna tidak bagus....

Perkara ini adalah berikutan daripada pandangan sesetengah dari pelajar kita yang memandang rendah terhadap sesebuah institusi tinggi yang berada di Mesir.(Spesifik la senang sikit).

Kenapa diorang pandang rendah?
Sebab diorang kata "Ala....malaysia hantar student ke sini pun sebab yuran kuliah murah,sebab tu la ramai datang ke sini,erm...kalau tak,tak ada siapa nak sambung belajar kat sini"....

Dan tidak salah jika saya katakan,setiap daripada pelajar malaysia di sini pasti pernah disoal oleh pelajar mesir..."Lehh,bitidris hina?Mafiish tibb fi malizia?"(Nape belajar kat sini-Mesir-?Tak ada kuliah perubatan ke kat malaysia?)

Sebelum berkata perkara ini,Ingatlah!Murahnya yuran di sini SEKIRANYA kita membandingkan dengan taraf kita di malaysia.Sebab lihatlah sendiri di sekeliling kita,berapa ramai golongan miskin yang wujud di Mesir? Murah dari sudut pandangan kita (rakyat Malaysia) tetapi mahal nilainya dari pandangan mereka (rakyat mesir).

Oleh sebab perkara sebeginilah,Mesir 'mengurniakan' kadar yuran yang 'murah' untuk penduduknya....supaya anak watan mereka terus belajar walaupun datang dari golongan yang sederhana ataupun golongan miskin....

Lihatlah sendiri Universiti Al-Azhar itu sendiri....dengan mengenakan yuran yang 'rendah' kepada pelajarnya,memberi peluang kepada siapa pun untuk belajar,sudah mampu untuk melahirkan ulama' serta para ilmuwan yang tahap ilmu mereka yang saya rasa tidak semua universiti yang 'mahal' mampu untuk mengatasinya.

Bukanlah juga untuk mengatakan bahawa universiti2 yang 'mahal' ini tidak bagus....kerana kadar yuran yang dikenakan setimpallah dengan taraf hidup serta nilai matawang negara masing2.

Jadi,jelaslah pada kita,setiap universiti yang wujud di setiap negara termasuklah malaysia sendiri adalah tujuan utamanya untuk memberi peluang belajar kepada anak watan mereka sendiri,jadi kadar yuran perlulah mengikut kadar yang termampu oleh anak watan mereka.

Yang menjadikan pandangan mengatakan yuran di mesir murah,di Europe mahal ataupun yuran di mana sahaja murah atau mahal adalah kerana KITA BERADA DI TEMPAT ORANG.Itu sebablah kita kata sini murah,sana mahal....sebab kita membuat perbandingan.

Tapi,yang paling penting ialah,tahap piawaian serta syllabus yang diajar cukup untuk melahirkan keluaran2 yang competence malahan hebat (boleh lihat pada lepasan2 mesir sebelum ini).Tahap penilaian juga diiktiraf oleh Malaysia-pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.Sekiranya piawaian universiti tidak menepati tahap yang sepatutnya....sudah semestinya pengiktirafan ini tidak diberi dan tidaklah Mesir menjadi salah satu destinasi untuk program lanjutan ijazah luar negara!



oleh yang demikian,walau di mana sahaja kita belajar,dari universiti mana pun,dan dari negara mana pun....belajarlah dengan sebaiknya.Kerana dalam proses pembelajaran bukanlah sekadar dengan assignment yang banyak,latihan yang ber'lambak' tetapi KEBERKATAN antara murid dan pensyarah atau guru itulah antara yang kita perlu cari.

Wallahua'lam

4/9/10

Good senses.

What is ISLAM?
If someone asking us this question...what is our answer as a muslim to them (non-muslim or maybe someone who just embrace in Islam,muallaf)?

Don't just answer,Oh!you have to pray 5 times per day!,fasting during ramadhan for 1 months! No alcohol allowed-if you drink it- and erm....have you cut your....erm,you know,your tuuuuttt.!That is not the right way....

Believe me,if someone who is just taking one step to know Islam will prefer to hold back ,taking a 'reverse gear' to their old life if we told them with that method of answer.

Just think that we are teaching a child,not really know what are happening around him....we can't just telling him...oh!you have to do this,you cannot do that..in one time!We have to teach and guide him step by step until he knows what is right or wrong by himself later in his life with the guidance of Al-Quran(The Holy Book for Islam) and As-Sunnah (anything done from the Prophet Muhammad PBUH).

Because the spread of Islam is by the way of AL-HIKMAH i.e showing good sense.With that i mean,unfortunately....what we speak,or whatever we do,are the 'picture' of Islam!(in front of others)....

But right now,we,as muslims are lacking of this good senses.
See yourself,what happened around you?
How many crimes were done by our own brothers in Islam?!
Who's the one practicing rashuah/bribery intentionally?!
Who's the one always kazzib/lying?!
who's the one attending social party between men and women without any limits?!
Who's the one drinking the evil water,alcohol proudly?!
and so many other things that would be a shame for us muslims by doing that kind of things.
Doing something that Islam prohibited clearly and throw away what Islam demand us to do.

Just go and ask any non-muslims,ask them what are their opinion about Islam? They do not know there are differences between Islam (the religion itself) and Muslim (the person practicing Islam)....what they know and what they think is....Islam is what Muslims do.

So,believe me,non-muslims are scanning Islam from us,Muslims.Everything we do,from the day we wake up from sleep,what and how we eat,speak,walk,dress and until we sleep at night again....that is the way they 'think' about Islam.

Please my brothers and sisters,please revise the history of Islam,the way Islam spreaded to the 2/3 of the world before....with what? with Akhlak islamiyyah/good senses.not by sword or any war!



So,don't make others making bad speculations about Islam because of us not doing what Islam taught us.

Wallahua'lam

4/7/10

Buat jahat lagi baik.

"Mak cik!nah,ni saya ada RM 50" (ulang2x)....(sambil tengok kiri kanan,ada orang nampak tak dia nak menderma pada mak cik yang minta sedekah tu)....

"Aku lagi baik dari ko la!Tak payah la ko nak nasihat2 aku supaya jaga solat.Tengok dulu diri ko tu,aku tiap2 kali solat jadi imam tak pun aku yang azan panggil orang solat!"....

Semasa tazkirah...."Kawan2 sekalian,ingatlah bahawa kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa bertaubat!Pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua...(sambil ckp dlm hati....aku je yg dapat bg tazkirah sebaik ini)

ataupun pada keadaan yang lain....

"Ya Allah,aku memohon padaMu keampunan pada setiap kejahatan yg aku telah lakukan,sesungguhnya dikaulah maha penerima taubat"

"Ish...aku asyik mengata dia je,betul ke apa yang aku buat ni?"

"Ya Allah,aku asyik solat lambat je ni,tak apa....asar nanti lepas azan je aku terus solat.Yosh!"


Cubalah masing2 tengok balik contoh2 keadaan yang terkadang kita sama2 pernah hadapi,takpelah,mungkin ada sedikit perbezaan dari segi dialek masing2 ataupun cara tutur kata....tapi yang penting makna dialog tu hampir sama.

Terkadang kejahatan atau dosa yang kita lakukan adalah lebih baik dari amalan kebaikan yang kita lakukan.

Eh!Engkau biar betul?!
Macam mana pula orang buat jahat lagi baik dari orang yang baik?!

okeh,macam ni....
Terkadang kejahatan atau dosa yang kita lakukan (lantas kita segera bertaubat,membawa kita ke arah lebih dekat kepada Allah,Maha Pemurah,menjadikan diri lebih peka terhadap setiap perbuatan kita samaada baik atau tidak)adalah lebih baik dari amalan kebaikan(yang berteraskan niat bukan kerana Allah,menjadikan diri bongkak di hadapan manusia lain,menjadikan kita bukan lebih dekat kepada Allah malahan lebih jauh) yang kita lakukan.

Tetapi!Ingatlah....bukan bermakna kita perlu berterusan untuk melakukan dosa atau maksiat,malahan taubat itulah yang sebaiknya.Mukmin tidak akan jatuh lubang yang sama 2 kali.

Dan juga,tidaklah bermakna kita tidak perlu langsung berbuat amalan kebaikan,di setiap permulaan amalan kita memang akan didahului dengan niat bukan kerana Allah....tetapi Insyaallah,jika dilakukan secara berterusan,niat kita akan secara automatiknya akan berubah dari kerana itu dan ini,menjadi kerana Allah S.W.T semata-mata.Insyaallah....



Wallahua'alam

2/7/10

Pak Arab.

Salam...

Lama dah tak update blog ni.sejak habis exam arituh rasanya.
tapi tak mengapa rasanya sebab memang tak tahu nak tulis apa pun.hihi

Tetapi!hari ini....terasa nak berkongsi sedikit pada semua tentang pak arab.
ringkas sahaja tak panjang pun.

Tengah hari tadi,aku rasakan akulah orang yang paling tension dan paling marah kat dunia ini.Sebabnya,janji tidak ditepati.Aku sepatutnya bertolak dari rumah ke Abu Ela'( kawasan tumpuan sekarang di mesir untuk membeli baju sejuk oleh student mesir tak kiralah medic atau pengajian ) sejak jam 10 pagi,aku dah berjanji dengan rakanku ini pada waktu tersebut.Malangnya rakan aku ini masih tidur dan bangkit tepat jam 1 tengah hari! Padahal rakanku ini yang minta tolong dari aku untuk temankan dia....erm....

Aku mulai rasa tidak puas hati....
Sebab ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku....dah banyak kali dah tetapi aku cuba untuk tetapkan pada diri aku supaya menepati janji.

Lepas itu,aku pun bertolak bersama rakanku ini dengan menaiki motosikal
( aku yang bawa ) ke destinasi pada jam 2.30 petang setelah aku menunggu lagi untuk dia bersiap.Lama....aku makin 'panas'.

Sekadar Hiasan

Aku rasa hari ini jugak aku bawa motor dalam keadaan yang sangat berbahaya.Aku bawa laju sambil potong kenderaan lain macam pelesit.Hati tengah 'panas'la katakan,aku sudah tak kesah semua dah.Rakanku buat lawak pun aku tak endah.Protes....

Lepas itu sampai la kat satu kawasan ni,traffic jam.Kereta banyak,aku nak 'menciluk' pun dah tak ada ruang.Aku pun berhenti sebentar....menanti ruang untuk jalan.

Jangan tiru aksi ini

Adalah seorang pak arab,bawa motor juga berhenti sebelah aku.Atas motor tu ada 3orang sekali naik.(perkara biasa di sini)....aku buat tak endah sahaja sebab aku pernah tengok yang lagi dahsyat lagi.6 orang naik satu motor!(dah macam sarkas aku tengok)....hihi

Lepas itu,pak arab tu tegur aku sambil usik2 helmet aku.Hati aku yang tengah 'panas' ni pun berkata "Apa pasal pula arab ni,usik2 pula!".Aku tak pandang pun muka arab tu.Dia usik aku lagi.Dia sentuh2 bahu aku.."eh,geram pula aku!".

Aku terus pandang muka pak arab tu,lalu dia pun terus tegur aku.
"Saya minat la dengan helmet kamu ni,bagi saya boleh?"(setelah ditranslate ke bahasa melayu).Pak arab ni bercakap dengan nada bergurau sambil senyum kat aku.
Aku bila mana dengar dia cakap macam itu,dengan gaya seorang arab bergurau (buat sapa2 yang tinggal di mesir mungkin tahu macam mana gurauan seorang pak arab.....kadang2 lawak,kadang2 kita pula yang tension)....tapi kes yang ni aku terhibur,tidak tahu sebab apa.Lantas aku pun tersenyum pada pak arab ni.Serta merta hilang perasaan marah aku tadi.Aku sudah boleh kontrol diri aku balik,aku pun mula memberi respon pada rakan aku tadi (kesian kat dia) dan aku sudah mula bersuara dan berjenaka dengan rakan aku tadi.Terima kasih pak arab!

Nasihat aku:
1) Janganlah ikut sangat perasaan marah tu,lagi kita marah....lagi hilang pedoman kita.Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku 'merempit' tadi,tiada apa2 berlaku.Kalau terjadi apa2?

2) Cubalah kita semua tepati masa,kalau berjanji tu,tepati.Itu sifat muslim.

3) Ada juga orang yang begitu anti dengan pak arab,tidak perlulah sampai begitu,semuanya hamba Allah.Kita baik dengan orang....insyaallah,orang akan baik pada kita.

4) Senyumlah selalu.Selain ianya sedekah,dapat juga redakan kemarahan kita.Insyaallah.

*Kalau rakan aku tahu aku ada cerita kat semua pasal dia mesti dia marah.hihi.
Takpe2 aku sudah maafkan kesalahan kau tadi.Aku dah tak kesah.

2/4/10

Mukmin takkan jatuh satu lubang dua kali.

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.” Riwayat Bukhari & Muslim

Pengajaran hadis:
i) Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama.

ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.

iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:
a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta . Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut.
b) Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.
c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.

d) Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut.

e) Dalam tempoh masa- Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT

ALLAHU A'ALAM

12/5/09

How to study?


Junior 1 : Abang, macam mana nak study subjek anatomy?

Junior 2 : Abang,macam mana abang study subjek physiology?

Junior 3 : Salam ustaz,macam mana study sirah nabawiyah?

Aku : Selalunya bila aku kena soal macam ni aku akan tersengih dulu.Hehe. Pastu baru aku fikir ….macam mana eh aku study semua subjek-subjek nih ?

Dan selalunya jawapan first sekali yang aku akan beri….’ikut enta la macam mana nak study’.

Hihi.Bukan apa,setiap orang ada cara tersendiri untuk study.Setiap pelajar ada lebih dan ada kurangnya. Mungkin kawan kita hanya perlu membaca sekadar beberapa jam dan terus faham….dan ada juga yang memerlukan beberapa hari untuk faham perkara yang sama!

Tetapi itu tidak mengapa….lambat atau cepat fahamnya kita pada sesuatu adalah kurniaan dan nikmat yang Allah Maha Berkuasa kurniakan pada kita.Selagi mana ilmu itu dapat kita peroleh,selagi itulah kita patut bersyukur padaNya.dan berdoalah sentiasa agar dipermudahkan pengajian serta yang paling penting keberkatan ilmu itu sendiri!

Ok baiklah.Berbalik kepada tajuk kita.Secara amnya kita semua tidak kira sesiapa boleh cuba amalkan kaedah P.C.R sewaktu kita study.

Apa pulak P.C.R ni?

P : Preview

C : Concentrate

R : Review


1. Preview : First sekali untuk tidak memeningkan kepala kita pada apa-apa sahaja yang kita nak study.Kita perlulah preview atau buat gambaran dulu apa yang kita akan baca@pelajari.

Boleh dengan apa-apa cara sekalipun maybe kita boleh rujuk dulu isi kandungan kemudian tajuk-tajuk besar,nota-nota kecil,objektif tajuk tersebut dan akhirnya kita baca kesimpulan@sinopsis kalau ada.

Kalau betul cara,insyaallah seolah-olah ada gambaran yang jelas dan seolah-seolah ada mindmap pada apa yang kita akan perolehi dari tajuk yang kita akan pelajari.

2.Concentrate : OK. Lepas kita dah preview, bolehlah kita concentrate@tumpukan pada pelajaran kita. Ambillah masa dalam 50 minit (paling kurang) untuk sekali bacaan.Kemudian rehatlah sebentar selama 5 minit.Pastu sambung bacaan kita semula untuk 50 minit lagi dan seterusnya.Mungkin dalam masa satu hari kita boleh belajar selama 10 jam.Insyaallah.

Tetapi ingat! 5minit rehat ini adalah waktu yang paling kritikal! Segala apa yang kita baca selama 50 minit tadi mungkin boleh hilang dalam masa 5 minit ini sahaja.

Oleh itu,penuhilah 5 minit ini dengan minum air sikit,makanlah kalau perlu….kemudian cuba buat short review pada apa yang kita dah belajar tadi.Soal diri kita balik apa yang kita dah belajar tadi.Kalau kita ingat-ingat lupa maknanya kita masih belum kuasai sepenuhnya pelajaran tadi.

3.Review : Akhir sekali selepas kita sudah akhiri pelajaran kita tadi….cuba soal pada diri kita kembali apa yang telah kita pelajari hari ini.Cuba jawab soalan-soalan contoh, buat nota ke.

Insyaallah,kita akan lihat ada pertambahan ilmu dalam diri kita selepas tu.Tetapi ingat juga! Kita perlu sentiasa mengulang apa yang kita dah baca supaya info tersebut akan terus berada di dalam memory kita.


Akhirnya, janganlah kita lupa segala kefahaman yang kita perolehi adalah hasil nikmat kurniaan Allah kepada kita.Setiap kali bermula dan berakhirnya pelajaran kita,hendaklah kita berdoa padaNYA agar mengurniakan nikmat kefahaman tersebut dan yang paling penting KEBERKATAN ilmu tersebut.

ALLAHU A’ALAM

12/3/09

Always Be There by Maher Zain

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

 


Komen aku:

Lagu ini banyak maksud tersirat dan aku sangat minat lagu ni.Muzik dan suara Maher zain pun sedap telinga mendengar.Lagu ini ada mengajar sifat ihsan i.e beramal seolah-olah Allah melihat kita, sifat tawakal kepadaNya dan sifat Ar-Rahman i.e kasih dan Ar-Rahim i.e sayang Allah pada hambanya.



Kalau mahu lagi lirik2 lagu Maher Zain boleh pergi ke FENOMENASYID.

10/10/09

MAJLIS POTONG KEK….bagi meraikan kejatuhan khilafah islamiyyah.


Mesti ramai yang terkejut kalau dengar pasal perkara ini.aku juga agak tersentak bila diberitahu sewaktu aku mengikut satu sesi pembentangan dan perbincangan kertas kerja.

Pembentangan ini membincangkan tentang gerakan-gerakan islah yang ditubuhkan oleh umat islam seluruh dunia terutamanya selepas kejatuhan khilafah turki uthmaniyah yang didalangi oleh Mustafa kamal at-tartuk laknatullah.

Tajuk-tajuk yang diperbincangkan agak sensitive,dan adakalanya segelintir masyarakat sekiranya membincangkan perkara ini pasti akan ‘melenting’.

Terdapat juga video yang menayangkan tentang kesan2 selepas kejatuhan Khilafah Islam Uthmaniyah pada tahun 1924 sehinggalah sekarang.antaranya tayangan berkenaan kekejaman di Bosnia,Afghanistan,Algeria,Palestin dan banyak lagi.

Kisahnya begini….Selepas berjayanya tentera Britain dan Perancis menjatuhkan empayar khilafah islam,mereka mengadakan satu parti untuk meraikannya.Dalam parti tersebut dijalankan satu amalan yang kita sering lakukan kini contohnya sewaktu sambutan hari lahir iaitu majlis potong kek.

Simboliknya,mereka yakni tentera Britain dan Perancis memotong kek tersebut kepada beberapa bahagian menunjukkan terputusnya atau terpecahnya empayar khilafah islam yang pada suatu masa dahulu adalah satu ‘diubah’ menjadi kepada beberapa negara seperti sekarang.
Bilakah kita akan bersatu semula? inilah persoalannya.
Tetapi janganlah jadikan ini sekadar persoalan sahaja,jadikanlah ia sebagai reality ,insyaallah.

ALLAHU A’LAM.

9/27/09

Markaz bahasa @ tarbiyah (final)

Salam….sket lagi nak abes..teruskan membaca

Berkisar tentang ramadhan ( dah raya pon kita ), ada ustaz ali bercerita pada aku,
Tanya dia pada aku “sekiranya satu hari ada kawan karib kamu, kawan karib kamu ini adalah kawan yang paling engkau sayang ,dia nak datang ziarah ke rumah,apa yang akan kamu lakukan?.”
Aku pun jawab “saya akan mengemas rumah sekemas yang boleh,membeli bahan-bahan untuk dimasak,menyediakan bilik tidur serta mengemasnya jika kawan saya mahu menetap di rumah”.
“jadi maknanya kamu akan bersedia sebelum kedatangan dia dan akan melayan sebaik mungkin kawan kamu itu kan?”soal ustaz ali.
“ya”jawab aku.
“oleh yang demikian,samalah juga dengan ramadhan….anggaplah ramadhan itu kawan karib kamu dan anggaplah diri dan hati kamu itu seperti rumah kamu.Sebelum kedatangan ramadhan,bersihkanlah diri dan hati kamu dari perkara yang tidak baik.bila datangnya ramadhan layanlah dengan baik dengan beramal” nasihat ustaz ali pada aku.

p/s janganlah dengan tamatnya ramadhan maka tamatlah amalan2 yg kita lakukan..teruskanlah apa yang telah Berjaya kita lakukan semasa di bulan Ramadhan..klu masa ramadhan selalu baca Al-Quran….teruskan….
Kalau masa ramdhan kita selalu sedekah….teruskan…


Begitulah sehari-hari aku di markaz bahasa,Alhamdulillah bukan sahaja dapat belajar bahasa,tetapi terlalu banyak nasihat dan input yang aku dapat melalui ustaz ali.mungkin beginilah agaknya ulama-ulama muktabar dahulu belajar,berdepan dengan syeikh masing-masing….di samping belajar ilmu terdapat juga tarbiyahnya.
Oleh yang demikian,kita berdoa pada Allah moga memberikan kita keupayaan untuk membentuk diri dan orang sekeliling kita agar kembali mengingati Allah selalu.
Untuk sesiapa yang bercita-cita mahu menjadi guru atau sudah menjadi guru,jangan lupa di samping ilmu yang diajar,adab-adab serta pentarbiyahan juga penting.
kalau sebagai seorg doctor pon boleh,sambil2 merawat pesakit nasihatilah pesakit supaya sentiasa ingat pada Allah,amalan cubalah ditingkatkan dan banyak lagi….ini juga boleh dikatakan sebagai tarbiyah.

Tidak kira siapa kita,ustaz,lawyer,majistret,tukang cuci….asalkan kita muslim, Allah ada berfirman maksudnya,....berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.ayat ini tidak khusus kepada para ustaz sahaja malahan semua umat islam tetapi mestilah berlandaskan kebenaran ( ilmu yang sahih ).Moga kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah.
Dan ustaz ali ada juga berpesan ,melalui hadis yang maknanya,ilmu itu melalui belajar dan mengajar,serta dalam hadis yang lain maknanya sampaikanlah walau satu ayat.

Pesanannya membuka untuk aku cuba berkongsi apa yang aku tahu dengan orang lain.insyaallah.Aku berdoa pada Allah moga Allah permudahkan segala urusan,amin ya rabbal a’alamiin.
ALLAHU A’ALAM.

9/18/09

Di Hari Lebaran.

Salam..
di kesempatan ini..sekadar nak ucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
pada ahli keluarga di kampung,
pada rakan2,
dan kepada semua yang mengenali,
maafkanlah segala salah dan silap selama ini.

sekali lagi,
Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin.

Markaz bahasa @ tarbiyah (part 2)

Salam….
Sambung kisah perang Sinai….
Ada satu peristiwa masa perang Sinai….ada satu kawasan kubu Israel ditanam dengan bom.laluan mana yang ada bom,tidak diketahui.mahu atau tidak terpaksa melalui kawasan ini kalau nak tawan kubu Israel.kalau terpijak bom….alamatnya mati!

Lagi satu bukan satu dua sahaja bom,tetapi beratus-ratus dan disusun secara berlapis/berselang.hampir 6 lapis kata ustaz ali pada aku.
Maknanya walaupun mungkin tentera mesir Berjaya letupkan bom lapisan pertama….dalam jarak contohnya 2 meter lagi lepas tu….ada bom lapisan kedua pula,ketiga dan seterusnya.
Jadi di sinilah antara bukti keberanian dan ketelusan tentera mesir berperang ‘mencari’ syahid si sisi Allah dalam menegakkan agama yang disayangi….ISLAM.

Apa yang tentera mesir lakukan ialah beratur dalam barisan.kemudian orang paling hadapan akan berlari sekuat-kuatnya meredah kawasan yang dilapisi bom-bom tersebut….sekiranya terpijak bom dan meletup@mati,orang kedua selepas tu pula akan berlari meredah lapisan bom yang kedua pula….sekiranya terpijak dan meletup@mati,orang ketiga akan buat perkara yang sama dan seterusnya sehinggalah kawasan bom tersebut dapat ditembusi oleh tentera mesir .

Lihatlah betapa beraninya pejuang-pejuang islam !bayangkan kalau kitalah diarah untuk berjalan diatas jalan yang dipenuhi bom….yang memang confirm kalau kita berjalan atasnya pasti akan mati!tapi tentera mesir masa tu sanggup buat semua itu demi ISLAM.aku pun tidak tahu adakah aku boleh lakukan seperti mereka….mungkin tidak.
Walaupun dengan serba kekurangan,berbekalkan keyakinan kepada janji Allah….dengan kalimah dan laungan ALLAHU AKBAR….tentera mesir memenangi peperangan ini dengan izin Allah.
Sekarang ada kawasan di mesir yang dinamakan ‘sittah oktober’iaitu enam oktober bertepatan dengan tarikh peperangan itu.6 oktober itu juga bersamaan dengan 10 ramadhan- bulan puasa semasa perang tersebut meletus.bayangkan….
Moga dapatlah kita ambil iktibar dari kisah peperangan Sinai ini.

Eh!tapi cerita pasal aku di markaz bahasa@tarbiyah tak habis lagi….teruskan membaca...

Ada satu perkara yang aku kagum pada ustaz ali ali as-shanawi,pentarbiyahan dia.setiap kali permulaan kelas dia akan beri tazkirah pada aku (kadang2 sampai 45 minit tazkirah dia).tapi setiap apa yang dia katakan amat telus dan bermakna.dia berkongsi hadis rasulullah s.a.w, dia membacakan pada aku ayat-ayat al-quran serta menerangkannya. kami sama2 berkongsi apa yang kami tahu sampaikan ada juga dia sentuh bab pembinaan keluarga dari perspektif islam!

Kalau nak tahu Ustaz ali ali as-shanawi ni suka masakan Malaysia.aku ada berikan dia senarai masakan yang aku tahu masak antaranya asam pedas dan kari.puas juga ustaz ali nak menyebutnya.

Ada sekali kami ada berkongsi koleksi hadis dalam kitab ad-dawawin saidina ali r.a,berkenaan hadis berkaitan kesihatan.sebab dia tahu aku pelajar perubatan.dan sesungguhnya apa yang aku dapati…memang benar kata-kata rasulullah s.a.w maknanya, kita tidak akan sesat jika berpegang pada dua perkara iaitu al-quran dan as-sunnah.kesemua hadis rasullullah s.a.w yang aku dan ustaz ali bincangkan semuanya bertepatan dengan fakta2 perubatan yang aku pelajari.ALLAHHU A’LAM.

Bertepatan dengan kedatangan bulan ramadhan pula,dia menceritakan akan kelebihan-kelebihan dan perkara yang mesti dikejar dalam bulan ramadhan.antaranya pembacaan al-quran.Suasana di Malaysia amat berbeza dalam bab ini.di Malaysia,kita hanya membaca al-quran bila ada orang meninggal,bila ada tadarus quran di masjid (itupun tak ramai yang sertai),nenek2 atau atok2 ada la….mana pergi semua anak muda?
Tetapi di sini,mesir,pembacaan al-quran amat meluas,sehinggakan semasa berdiri dalam bas pun mereka boleh lagi membaca al-quran,polis sambil rehat2 selepas rondaan sempat lagi baca al-quran,isteri menunggu suami membeli ubat di farmasi pun sempat lagi baca al-quran dalam kereta.
Perkara seperti ini mestilah kita contohi.insyaallah.
Lagi-lagi dalam ramadhan-( yang hampir meninggalkan kita ),setiap perkara kebaikan yang kita lakukan Allah akan gandakan.
ALLAHU A’LAM.

part 3 ada lagi..tunggu ye..tak habis lagi